KAH KAH KAH
RAIS YATIM
AKAN BANTAH
KAH KAH KAH
Amah, tukang masak warga asing masih tidak boleh masuk Malaysia
PUTRAJAYA tidak ada rancangan untuk membenarkan tukang masak dan pembantu rumah warga asing masuk ke negara ini dalam masa terdekat, walaupun ada menerima permintaan, kata Ismail Sabri Yaakob.
Menteri kanan berkata keselamatan Malaysia lebih penting dan utama dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang.
“Saya tahu ramai rakyat Thailand yang bekerja di sini sebagai tukang masak kini terkandas di selatan Thailand, tetapi mereka masih perlu membayar sewa,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.
“Sama juga dengan pembantu rumah warga Indonesia dan Filipina. Mereka pulang ke negara masing-masing sebelum wabak, dan sekarang mereka tidak dapat kembali ke sini untuk bekerja.
“Keselamatan negara lebih penting. Banyak negara yang sebelum ini jumlah kes Covid-19 berkurangan tetapi kini naik semula akibat jangkitan import selepas membenarkan warga asing masuk.”
Beliau berkata tidak wajib untuk premis perniagaan merekodkan maklumat pelanggan, tetapi penting untuk mendapatkan nombor telefon jika ada kecemasan.
“Tidak wajib. Jika suhu badan mereka normal, mereka boleh masuk ke premis berkenaan.
“Tetapi jika kita ada nombor telefon mereka, kita boleh kesan mereka jika berlaku kecemasan.” – 27 Ogos, 2020.
BETUL
MEK NGOH
BANGSAR TAKDA
TUKANG MASAK
TERSANGKUT
DI GOLOK
KAH KAH KAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan