Rabu, 23 September 2020

KJ CABAR BAPAK NURUL





MAMAT NI BERANI 

AMIN 

TAK TAKUT 

KENA MARAH 

NURUL IZAH 

KAH KAH KAH






Khairy perlekeh pengumuman Anwar

KHAIRY Jamaluddin telah membalas dakwaan Anwar Ibrahim bahawa kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin telah runtuh dengan menyiarkan sekeping gambar di akaun Twitternya.

Menerusi akaun Twitter berkenaan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata bahawa kerajaan masih kukuh dan kabinet baru saja selesai mesyuarat mingguan.

“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” tulisnya merujuk kepada dakwaan pemimpin pembangkang bahawa kerajaan telah jatuh.

Khairy merupakan orang pertama yang menjawab dakwaan ahli Parlimen Port Dickson bahawa beliau telah memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Awal tengahari tadi Anwar berkata beliau telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu dan mendakwa kerajaan Perikatan Nasional telah jatuh.

“Alhamdulillah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil,” katanya tanpa mendedahkan bilangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau. 

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Anwar berkata beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara. – 23 September, 2020.

KALAU NURUL

MARAH NURUL

AKAN CAKAP

KAH KAH KAH

TAK BERI KHAIRY

SUSU NANTI

KAH KAH KAH





Tiada ulasan: