Isnin, 5 Oktober 2020

AWAS SEMPADAN BOLOS

 

BAHAYA BOLOS

SEMPADAN LAUT

LORONG TIKUS


Indonesia lepasi angka 300,000 kes Covid-19

KES positif Covid-19 di Indonesia melepasi angka 300,000 selepas mencatatkan 3,992 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam laman Twitter rasminya @BNPB_Indonesia hari ini, kes positif keseluruhan kini mencecah 303,498 kes, manakala 139,401 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 96 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 11,151 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 78,850 kes, dengan tambahan 1,398 kes baharu.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,280 orang, diikuti Jakarta (1,755), Jawa Tengah (1,444) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama, 4 Oktober, 2020.

INI ANGKA RESMI

JUMLAH TAK RESMI

GURU NANAK 

PUN TAK TAHU

AMIN



Tiada ulasan: