KHAMIS 22/10/2020
KITA MASUK KE HARI 219
BERKHALWAT
KITA MASUK KE HARI 219
BERKHALWAT
GAWAT KOBID
BERTERUSAN
MASIH BELUM DILIHAT
PENGHUJUNG
GAWAT POLITIK
SEDANG MUNDAR MANDIR
PUSING BELAKANG
GOHED GUSTAN
NAMPAK MACAM
NAK REDA
RAJA DAN MUFTI
BERI PANDANGAN
RAKYAT MAKIN MENYAMPAH
MELIHAT POLITIKUS
PAGI INI GUA MASUK HOKKIEN
GUA NAMPAK KUALA LUMPUR
MENDUNG KELAM
TETIBA
TERASA RINTIK AIR
TAK SAMPAI 5 MINIT ANGIN SAMPAI
MEMBAWA HUJAN
GUA BERLARI PULANG
PUTAR ALAM
ADA BANYAK CABANG
KEBENARAN HANYA SATU
KALAU KAMU
BERTENGKAR
DENGAN MAT BEBAL
MAT BEBAL PASTI MENANG
JANGAN LIHAT
DIMANA TEMPAT JATUH
LIHAT TEMPAT
TERKELICIK
SESAT IALAH
BELAJAR
UNTUK MENCARI JALAN
ANAK MUDA BOLEH
PANTAS BERJALAN
TAPI YANG DEWASA
TAHU JALAN
HANYA MAT BEBAL
YANG AKAN MENDUGA
DALAMNYA AIR
DENGAN DUA KAKI
KALAU ESOK
NAK RUNTUHKAN GUNUNG
HARI INI
KITA MULA ANGKAT BATU
JIKA KITA INGAT
MENCARI PENCERAHAN
HARGANYA MAHAL
CUBA BANDINGAN
BERAPA MAHAL
BELANJA KERANA BEBAL
PENCURI TAK AKAN MENCURI
DITEMPAT DIA TAK BIASA
KITA TAK BOLEH
HIDUP CERAH
DENGAN MINDA GELAP
KITA TUMPU PADA ULAR
HINGGA KITA LUPA
PADA LIPAN
KERJA TIDAK MEMBUNUH
YANG MEMBUNUH
JIWA RISAU
PADA TAHAP INI
HARIMAU DAN BABI
BELUM PANDAI MENULIS
MAKA
SETIAP KESAH HUTAN
PEMBURU
MENJADI WIRA
APA YANG KITA PELAJARI
ITULAH YANG AKAN
KITA BAWA MATI
TELINGA YANG
TAK MAHU MENDENGAR NASEHAT
AKAN MENGIKUT KEPALA
YANG DIPANCUNG
ORANG BIJAK
TAK TAHU SEMUA
HANYA MAT BEBAL
YANG MENGETAHUI SEMUA
SOSOK YANG MEMBAWA
KEBENARAN
TIDAK ADA KAWAN
MASANYA IALAH HARI INI
KETIKA NYA SEKARANG
LAKUKAN
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan