Jumaat, 30 Oktober 2020

BERKHALWAT HARI KE 227

 




KHALWAT KE 227

JUMAAT 30/10/2020
KITA MASUK KE HARI 227
BERKHALWAT

GAWAT
KOBID MASIH MENGGANAS

GAWAT
POLITIKUS MASIH
GILA KUASA

GAWAT
RAKYAT ILANG KERJA
ILANG MATA PENCARIAN
BISNES TUTUP

PUKARAK MUKARAK
POLITIKUS
TAK SUDAH SUDAH
NAK JADI
 PERDANA MENTERI

PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR BERJEREBU
ASAP KERETA NAIK KE LANGIT

EZI DAN TAK TAK
ENJOY DE MENJOY

OKESTRA UNGGAS 
SIMPONI CENGEKRIK
BERLAGU
PALING MENARIK PAGI INI
JANTAN BAWAH POKOK ARA
TEPI JALAN BERKOKOK
BILA GUA  DEKATI
DIA BERHENTI
BILA GUA BEREDAR
BERKOKOK LAGI
MENDAYU DAYU

JANTAN 
YOU MAKE MY DAY

PEKARA YANG PALING
SUSAH  IALAH 
MEMBUAT KEPUTUSAN
UNTUK MELAKUKAN
YANG LAIN HANYA KEDERAT

BILA PANGGILAN LAMA DATANG
MASUKAN KE PETI SUARA
TAKDA APA YANG BARU

RUKUN PERTAMA
 DALAM HIDUP
LAKUKAN APA YANG KAMU SUKA
YANG MEMBUATKAN KAMU
GUMBIRA

BRO 
TINGGALKAN SESIAPA
YANG SUKA POTONG STIM
BILA KITA NAK ENJOY
DIA BERI FATWA
HIDUP INI TERLALU SINGKAT
UNTUK KITA BERSAMA
MAT BEBAL INI

CINTAI APA YANG  KITA ADA
AMBIL APA YANG PERLU
TERIMA APA YANG DIBERI
DERMA APA YANG  TERMAMPU
SELALU BERINGAT
DUNIA INI BERPUSANG
APA YANG PERGI
AKAN DATANG KEMBALI

YAKINLAH
ADA MAMAT DILUAR
YANG GUMBIRA HIDUPNYA
WALAU PUN MEMILIKI KURANG
DARI APA
YANG KITA ADA

SEMUA KERJA YANG SUCI
AWALNYA DILIHAT MUSTAHIL


SATU LAGI 
PENGHALANG SAMPAI
JADIKAN IANYA
BATU LONCATAN

UNTUK KEJAYAAN TERCAPAI
SIKAP NAK  BERJAYA
LEBIH BESAR DARI
SIKAP TAKUT  GAGAL

BUKAN JUMLAH LAMA
 UMUR HIDUP
YANG AKAN DIHITUNG
TAPI 
APAKAH  KEHIDUPAN
 DALAM UMUR KITA 

UBAH FIKRAH KITA
MAKA
  BERUBAH DUNIA  KITA

HARI INI KITA TULIS
SESUATU  YANG BERNILAI
UNTUK DIBACA
KALAU TIDAK 
LAKUKAN SESUATU
YANG BERNILAI
UNTUK DITULIS

MASANYA HARI INI
DETIKNYA SEKARANG
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT


Tiada ulasan: