Sabtu, 10 Oktober 2020

OMBAK KETIGA MAKIN MENGGILA

 


OMBAK KETIGA

 MAKIN MENGGILA

Malaysia catat 3

 kes kematian Covid-19

MALAYSIA menyaksikan peningkatan 374 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini.

Negeri Sabah juga sekali lagi menjadi penyumbang jumlah kes tertinggi pada angka 277 kes.

Ketiga-tiga kematian yang dilaporkan hari ini berasal dari Sabah, menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat menjadi 155 orang.

Selangor memiliki jumlah kes baharu kedua tertinggi dengan 44 kes. Jumlah itu melangkaui jumlah kes di Kedah yang sehingga hari ini merupakan negeri yang merekodkan jumlah jangkitan baharu tertinggi selepas Sabah.

Kes-kes baharu lain dicatatkan di negeri-negeri berikut: Sarawak (9), Kuala Lumpur (6), Pulau Pinang (3), Johor (2), Perak (2), Labuan (2), Putrajaya (1) dan Melaka (1) .

Dari 374 kes baharu, hanya dua kes import dicatatkan.

Angka jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kes keseluruhan di negara ini adalah 15,096. – 10 Oktober, 2020.


AWAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Abam kata dari hitongan nye, sejak Kovid, 44% rakyat Malaysia punyo masalah KESIHATAN MENTAL (Abam mental OK tak). Hebat Abam ni dalam bab MENEKA ..Selasa ni 125 kerusi tu gwa harap betul bukan main teka2 ..nanti kono lompang dongan Agong padan muko.