Ahad, 25 Oktober 2020

PANDANGAN SEORANG PEMIMPIN

 


PANDANGAN PENDAPAT

SOSOK PEMIMPIN

MASA DEPAN

MALAYSIA

AMIN



PH dan pembangkang

perlu bincang elak 

darurat- Salahuddin
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara,  Salahuddin Ayub mencadangkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya dalam parti pembangkang yang lain mengadakan perbincangan segera bagi mengelakkan daripada darurat diisytiharkan.

Beliau berkata, pengisytiharan darurat harus dielakkan kerana memberi kesan terlalu besar kepada pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik.

“Kita seharusnya berbincang dengan kadar segera agar kita boleh mengemukakan pelbagai pandangan konstruktif untuk menyelamatkan negara dari pengisytiharan darurat.

“Saya percaya bahawa Pakatan Harapan pasti boleh berperanan dalam mengemukakan cadangan yang bersesuaian kepada pihak kerajaan agar pengisytiharan darurat ini boleh dielakkan.

“Ingin saya tekankan di sini bahawa pengistiharan darurat ini harus dielakkan kerana kesannya terlalu besar kepada pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik,” katanya dalam kenyataan.

Petang ini, Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan beberapa cadangan yang telah dipersembahkan kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong Jumaat lalu terutamanya mengenai penularan Covid-19.

Mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 2.30 petang itu hanya dihadir oleh Raja-Raja Melayu dan tidak melibatkan Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana ahli politik.

POLITIK

MENCARI JALAN

TERBAIK

UNTUK SEMUA

BUKA UNTUK

JADI PM

AMIN



Tiada ulasan: