Rabu, 14 Oktober 2020

SATU LAGI KES LIWAT ANWAR


INI KES MANA?

KES PISANG KE

KES BAWAH 

 TANGGA ?

KAH KAH KAH

Rayuan Anwar bagi saman sabitan liwat didengar 11 Januari 2021

RAYUAN Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman pemula seorang peguam berhubung pengampunan penuh yang diberikan kepada beliau bagi sabitan dan hukuman penjara dalam kes meliwat pembantunya, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 11 Januari tahun depan.

Peguamnya, J. Leela berkata tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Noridah Adam yang dikendalikan secara dalam talian menerusi sistem e-Review hari ini.

“Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar bersama-sama rayuan Lembaga Pengampunan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Plaintif, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz diwakili peguam Mohamad Farhan Kamarudin.Pada 21 September, Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir menolak permohonan presiden PKR itu dan permohonan serupa daripada Lembaga Pengampunan selepas memutuskan bahawa, antara lain, plaintif mempunyai locus standi untuk memulakan saman tersebut kerana beliau adalah orang awam dan orang yang berkelayakan sebagai peguam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu telah memfailkan permohonan tersebut pada 13 Mei lepas atas alasan bahawa, antara lain, Khairul Azam tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula dan ia adalah remeh, memalukan serta penyalahgunaan proses mahkamah.

Mohd Khairul Azam, menerusi firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates, telah menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua dalam saman pemulanya yang difailkan pada 26 Feb tahun ini.

Peguam itu mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bercanggah dengan Perkara 42 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berdasarkan fakta bahawa pengampunan yang diperkenan oleh Agong hendaklah atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Mohd Khairul Azam mendakwa lembaga itu belum dibentuk secara rasmi selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan pembentukan kerajaan baharu.

Beliau juga mendakwa susulan pilihan raya itu, beberapa tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan yang membawa kepada pembebasannya dari penjara.

Anwar telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.– Bernama, 14 Oktober, 2020.

WOIT

TAK ABIS LAGI

SAMBUNG 

BERSAMBUNG

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: