Isnin, 26 Oktober 2020

SILA BACA SURAT DARI ISTANA

 


ISTANA GUNA

BERADU UNTUK

TIDUR

AMIN

GUNA  BERSIRAM

UNTUK MANDI

AMIN


Ahli Parlimen BN bincang keperluan Muhyiddin letak jawatan, kata Hishammuddin

AHLI Parlimen Barisan Nasional (BN) membincangkan keperluan sama ada Muhyiddin Yassin perlu melepaskan jawatan perdana menteri, kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein.

Bendahari agung BN itu juga berkata, perkara itu kini akan dibincangkan dalam pertemuan bersama ahli Parlimen tersebut di Menara Datuk Onn di PWTC, hari ini.

“Itulah sebab kita bincangkan saya mahu dengar pandangan BN,” kata ahli Parlimen Sembrong itu kepada pemberita.

Beliau ditanya sama ada terdapat keperluan untuk BN mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan, susulan keputusan Istana Negara menolak permohonan mengisytiharkan darurat.

Hishammuddin juga enggan mengulas sama ada Umno masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak tahu… Kita tunggu mesyuarat Umno,” katanya lagi.

Pertemuan itu dilangsungkan selepas mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya hari ini.

Ia susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah menolak permohonan kerajaan Muhyiddin melaksanakan darurat bagi menangani Covid-19.

Antara yang kelihatan hadir ke pertemuan hari ini adalah Khairy Jamaluddin, Reezal Merican Naina Merican, Shamsul Annuar Nasarah, dan beberapa lagi pemimpin BN lain.

Muhyiddin juga bertemu anggota Kabinet di kediamannya semalam dan mengeluarkan kenyataan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan juga akan membincangkan selanjutnya titah itu.

Yang di-Pertuan Agong semalam tidak memperkenan permohonan perdana menteri untuk mengisytiharkan darurat kerana melihat kerajaan mampu menangani pandemik Covid-19.

Pada masa sama, baginda tidak mahu ahli politik mengganggu kestabilan kerajaan dan juga mengingatkan kepentingan usul Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentang minggu depan.

Peruntukan itu amat penting untuk menangani Covid-19 terutama untuk memastikan kelancaran usaha petugas barisan hadapan, titah baginda.

Perkembangan itu dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Muhyiddin ketika sokongan majoriti ke atas perdana menteri itu di Dewan Rakyat menjadi persoalan.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin memohon pelaksanaan darurat mengikut Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan. – 26 Oktober, 2020.


ISTANA TIDAK GUNA

MUNTAH KE DARAH

UNTUK MAKAN

ATAU

PERGI BERAMBUS

UNTUK  MEMOHON DIRI

KAH KAH KAH

MUSTAHIL TAK FAHAM

AMIN



1 ulasan:

Jungle man berkata...

Ooo istana kata batu jemala untuk kepala pacal yg hina untuk saya dan buang untuk hukuman bunuh