Ahad, 18 Oktober 2020

YA ASAL BALIK USUL

 


YA ASAL

BALIK USUL

AMIN


Dr Mahathir orang

 yang layak 

ganti Muhyiddin, 

kata Pejuang

PEJUANG yang mempunyai lima ahli Parlimen, menamakan pengerusinya Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan mengatakan beliau merupakan calon yang layak untuk selamatkan Malaysia.

Bekas perdana menteri berusia 95 tahun itu dinamakan selepas mesyuarat parti itu semalam.

“Ya, ia dicadangkan dan dipersetujui berdasarkan situasi politik semasa, termasuk kegagalan Anwar Ibrahim untuk mempersembahkan sokongan yang cukup kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Itu termasuk kelemahan tadbir urus dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka dalam pentadbiran,” Timbalan Presiden Pejuang Marzuki Yahya dipetik sebagai berkata oleh The Vibes.

Setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Abu Bakar Yahya turut mengumumkan di Facebook keputusan parti untuk mencalonkan bekas perdana menteri itu.

“Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum yang ke-15 jika negara mahu diselamatkan,” katanya.

Awal minggu ini, lima ahli Parlimen Pejuang – yang masih lagi ahli Parlimen bebas di Dewan Rakyat kerana parti itu belum didaftarkan – memfailkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ini juga merupakan usul kedua oleh Dr Mahathir selepas usul pertama yang difailkan pada Mac belum dibentangkan di Dewan Rakyat selepas ditolak oleh rang undang-undang kerajaan dalam senarai perbahasan

Empat lagi ahli Parlimen Pejuang adalah Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Mereka mengharapkan agar usul mereka akan didengar pada sidang belanjawan yang akan bermula pada 2 November.

Dalam pada itu, Maszlee juga dilaporkan telah menghantar surat peribadi menyokong Anwar menjadi perdana menteri.

Perebutan jawatan perdana menteri kini menjadi isu utama selepas Anwar mendakwa mempunyai sokongan majoriti yang kukuh untuk membentuk kerajaan baharu, termasuk dengan sokongan ahli Parlimen Umno yang kini merupakan rakan gabungan Perikatan Nasional.

Pada masa yang sama, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga dilaporkan mempunyai sokongan yang cukup untuk menjadikan beliau sebagai pesaing bagi jawatan perdana menteri.

Sementara itu Muhyiddin dijangka akan mengadakan rundingan dengan sekutunya Umno dan PAS esok untuk menyelamatkan kerajaannya. – 18 Oktober, 2020.

KEMBALI DIRIKAN

KERAJAAN

PERPADUAN NASIONAL

TANPA BERPANDUKAN PARTI

UNTUK KESEJAHTERAN RAKYAT DAN NEGARA

AMIN



3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Umor tahung depang 96 tahung ..parti ada 5 kerusi je ..masih bernanah nafsu nak jadi PM ..ini gila jenis apa pulak ni. Woi ..Si Tua Laknat lebih elok lu bersihkan nanah tu sebelum lu KOJOL.

Tanpa Nama berkata...

Aikk isham nak ketua kapitalis jadi PM Dan nak golongan feudal jadi TPM. Isham dah berubah isham dah jadi Ibrahim Ali. Isham dah jadi nik amar. Isham dah jadi Vincent tan.

Unknown berkata...

sudah²la,bg la pulak pd org baru/belum merasa, x kesah la sapepun, yg dh rasa jd pm tu dok diam² je la...