Jumaat, 13 November 2020

BILA EKONOMI MERUNDUM JENAYAH NAIK MENDADAK

 

AWAS

HUKUM SOSIAL

BILA EKONOMI 

GAWAT

JENAYAH MENDADAK

NAIK

AMIN



SPRM tahan 2 anggota polis disyaki rasuah


Sindiket penipuan SMS: SPRM dapat kebenaran reman 6 lagi individu


Guna bungkusan teh cina taktik seludup syabu bernilai hampir RM5 juta


Ahli Parlimen desak 25 lelaki ditahan di bawah Poca dibebaskan

PENAHANAN 25 ahli kumpulan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) semalam adalah tidak sah, kata ahli Parlimen Klang Charles Santiago yang mendesak polis membebaskan individu berkenaan menjelang Deepavali esok.

25 individu berkenaan didakwa merupakan anggota sindiket jenayah terancang yang dikenali sebagai TCB 21 dipercayai bertanggungjawab dalam kejadian tembakan di luar sebuah sekolah di Banting, Selangor pada September.

“Orang-orang ini ditangkap kerana pelbagai kesalahan jenayah yang tidak mereka lakukan, dan tidak pernah didakwa,” kata Santiago.

“Sebagai contoh mereka pada awalnya ditangkap kerana insiden tembakan yang berlaku di Banting pada September tahun ini, disiasat atas pembunuhan yang berlaku pada 2018, ditangkap di bawah (Poca), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma, namun sekali lagi ditangkap semula atas kes pembunuhan yang berlaku pada 2016. 


“Sekurang-kurangnya dua hakim tidak membenarkan permintaan polis untuk ditahan reman. Pada Selasa minggu ini pegawai penyiasat kes Sosma memaklumkan kepada keluarga bahawa timbalan pendakwa raya telah menghentikan ‘tidak ada tindakan selanjutnya’ (NFA) terhadap 25 lelaki berkenaan.

“Tetapi 25 lelaki itu masih dalam tahanan dan keluarga mereka juga tidak diberitahu mengenai penangkapan selanjutnya,” katanya.

Santiago mendesak polis membebaskan kesemua mereka seperti yang diperintahkan oleh mahkamah.

Sebelum penahanan 25 individu ini, polis pada 12 dan 13 Oktober pada mulanya menahan 29 lelaki dari kumpulan sama di bawah kesalahan jenayah terancang dan Sosma.

Bagaimanapun kerana kekurangan kenyataan polis tidak dapat menuduh mereka melakukan jenayah.

“Kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tetapi tidak ada kenyataan yang cukup untuk mendakwa mereka,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed.

Mengulas mengenai penangkapan 25 individu berkenaan Huzir berkata kumpulan itu aktif dalam cubaan membunuh dengan menggunakan senjata api, rompakan dan rusuhan.

“Siasatan kami menunjukkan mereka juga bertanggungjawab atas pelbagai kesalahan jenayah lain termasuk membakar, pemerasan dan serangan. Mereka aktif di Dengkil dan Banting,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa dua lelaki yang menaiki kereta BMW berwarna biru mengalami kecederaan selepas ditembak oleh dua lelaki bersenjata di hadapan SMK Telok Datok di Banting.

Beberapa orang pelajar juga mengalami kecederaan selepas mangsa merempuh mereka dan beberapa kereta dalam usaha melepaskan diri dari serangan berkenaan. – 13 November, 2020.



AWAS

HATI

HATI
JAGA 
JAGA

Tiada ulasan: