INI BUKTI
JANJI ANWAR
AKAN
JATUHKAN
MUHYIDDIN
DALAM
MASA 7 HARI
AMIN
MP: Anwar letak jawatan
ketua pembangkang
jika terbukti tiada majoriti
Presiden PKR Anwar Ibrahim berjanji untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang di parlimen jika gagal membuktikan dia memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat kata empat ahli parlimen.
Bercakap kepada Malaysiakini, mereka yang enggan didedahkan identiti masing-masing terdiri daripada wakil PKR dan DAP.
"Betul, betul. (Anwar) maklumkan kepada kami pada Khamis," kata seorang ahli parlimen PKR.
Menurutnya, ikrar itu dilafazkan Anwar semasa pertemuan ahli parlimen pembangkang dengannya selepas Belanjawan 2021 diterima pada bacaan kedua di peringkat dasar Dewan Rakyat.
Ahli parlimen Port Dickson itu mengejutkan orang ramai selepas dimaklumkan memberi arahan agar wakil pembangkang tidak cuba menguji Belanjawan 2021 melalui undian secara blok.
Berbeza daripada undian suara - yang ditentukan speaker melalui kumpulan mana yang lebih lantang - undian secara blok dikira melalui sokongan yang diberikan setiap ahli parlimen yang hadir.
Ia juga akan mendedahkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sama ada masih memiliki sokongan majoriti di parlimen atau sebaliknya.
Kebanyakan ahli parlimen pembangkang patuh kepada arahan Anwar namun mereka kemudian mempersoalkan pendirian tersebut dalam pertemuan yang diadakan selepas itu.
Diundi mengikut kementerian
Menurut wakil PKR itu, memang Anwar ada menyatakan rancangannya itu beberapa kali sebelum ini.
Tambahnya jika meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang Anwar mahu memberikan tumpuan kepada usaha memperkuat parti menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Kali ni dia nak tumpu pada election (PRU). Tak kiralah (berapa lama lagi) setahun ke, dua tahun ke. Dia tumpulah, tumpu untuk kukuhkan parti.
"Memang dia dah cakap berkali kali dah, kalau tak dapat, dia akan tumpu election," katanya.
Untuk rekod semalam satu surat didakwa kononnya dikeluarkan pejabat Anwar menjadi tular. Ia berisi kenyataan didakwa janji pemimpin itu untuk meletak jawatan jika gagal membuktikan sokongan yang diterimanya.
Bagaimanapun surat itu kemudian disahkan palsu dan pejabat Anwar tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Buat masa ini selain mengetuai PKR, Anwar juga dipilih sebagai pengerusi Pakatan Harapan (PH) - tempat yang ditinggalkan Dr Mahathir Mohamad selepas kerajaan yang mendapat mandat rakyat itu dijatuhkan akhir Feb lalu.
Di sebalik pengesahan itu beberapa ahli parlimen memberitahu Anwar memang ada berkata demikian.
Kata mereka, Anwar meminta tempoh seminggu untuk membuktikan sokongan yang ada padanya sekali gus memungkinkan kerajaan Perikatan Nasional dijatuhkan.
Jika gagal, mereka mendakwa, Anwar berjanji akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi PH.
Belanjawan 2021 akan melalui bacaan kali ketika minggu depan. Di peringkat jawatankuasa ia sekali lagi akan diuji melalui undian mengikut kementerian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan