Selasa, 17 November 2020

MUHYIDIN DALAM LUMPUR


MUHYIDIN KINI

DALAM LUMPUR

AMIN

APA JALAN KELUAR

AMIN

PASTI ADA

AMIN



‘Government shutdown’

 jika belanjawan 2021 

tidak lulus

KERAJAAN tidak akan dapat berfungsi atau “government shutdown” jika Belanjawan 2021 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat tidak diluluskan.

Ini kerana tanpa kelulusan Belanjawan 2021 dengan peruntukan RM322.5 bilion itu, kerajaan tidak boleh menggunakan wang perbendaharaan negara untuk peruntukan perbelanjaan kementerian dan agensi kerajaan.

Ini termasuk membayar gaji 1.6 juta penjawat awam dan petugas barisan hadapan (petugas kesihatan, polis dan tentera) yang tentunya memberikan impak besar kepada rakyat yang kini berdepan pandemik Covid-19.

Pakar perlembagaan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Muhammad Fathi Yusof berkata situasi “government shutdown” pernah berlaku di Amerika Syarikat (AS) pada 2018/2019 ketika pemerintahan Donald Trump.

Namun, Muhammad Fathi yang juga Felo Penyelidik Undang-Undang dan Perlembagaan di Pusat Polisi Perdana UTM berkata, jika berlaku di Malaysia, impaknya adalah lebih buruk kerana nisbah penjawat awam di Malaysia adalah tinggi berbanding populasi negara.

“Tidak boleh samakan dengan AS sebab saiz (penjawat awam) kerajaan persekutuan (AS) dengan nisbah rakyatnya kecil. Di AS, sekolah dan hospital banyak pihak swasta. Bila kerajaan tidak berfungsi, ia tak beri kesan besar.

“Dari segi keselamatan seperti polis pula terletak di bawah bidang kuasa negeri di Amerika Syarikat. Ia tak jejaskan kerajaan persekutuan,” katanya.

Fathi mengulas mengenai kemungkinan Belanjawan 2021 tidak diluluskan selepas Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengemukakan beberapa tuntutan sebagai sokongan bersyarat kepada Belanjawan 2021 dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 6 November lepas.

Antara tuntutannya ialah membenarkan pengeluaran simpanan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium selain mempertikaikan cadangan mengembalikan semula Jabatan Hal Ehwal Khas Jasa (JASA) dengan peruntukan besar.

Fathi berkata dalam konteks Malaysia, belanjawan negara pernah diperuntukkan tanpa melalui kelulusan Parlimen pada 1969.

“Pada 1969, belanjawan diluluskan melalui Ordinan Darurat No 3 Kuasa-Kuasa Perlu untuk tujuan perbelanjaan bagi 1970. Tapi 1970 bukan sebab belanjawan tidak lulus, tapi sebab situasi darurat,” katanya.

Pada awal 2019, Trump mengisytiharkan darurat di AS bagi membolehkannya meluluskan peruntukan AS$5 bilion untuk membina tembok pemisah di sempadan AS-Mexico tanpa perlu mendapatkan kelulusan Kongres AS.

Media antarabangsa melaporkan proses “government shutdown” akibat perintah darurat selama 35 hari di AS bermula 22 Disember, 2018 itu menyaksikan lebih 800,000 pekerja persekutuan di sembilan jabatan, termasuk agensi persekutuan, terjejas dengan tidak menerima gaji atau diberikan cuti sementara. Untuk rekod, AS mempunyai 328 juta penduduk (statistik 2019).

Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata semua pihak, kerajaan atau pembangkang, perlu berkompromi supaya Belanjawan 2021 diluluskan.

“Saya tak rasa belanjawan tidak akan diluluskan kerana kerajaan tidak semestinya perlu terima semua cadangan. Risikonya amat besar untuk rakyat dan negara jika belanjawan gagal diluluskan,” katanya menjelaskan kegagalan Belanjawan 2021 juga akan memberi imej negatif terhadap kerajaan PN.

Mengakui risiko krisis politik, beliau bagaimanapun menolak kemungkinan Parlimen akan dibubarkan bagi memberikan laluan pilihan raya umum (PRU) memandangkan situasi semasa Covid-19 yang terus mengancam rakyat. – Bernama, 17 November, 2020.


DIRIKAN 

KERAJAAN 

PERPADUAN

AMIN

TOLAK 

KERAJAAN 

BANDUAN

AMIN

SEMUA AKAN

 BERES 

KHALAS




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wow hebat hebat hebat shut the funky up kah ??? Wayang semua nie masa curik duit kerajaan tak minta bajet bujet pon ? Masa nak tolong rakyat miskin kena ikut line kena isi borang kena temuduga kena saringan kena kelulusan, kepala pundek lah, masa curik billion masuk atas masuk tepi masuk pakai kroni apa jadah nie ingat rakyat buta kayu, melampau masuk ikut atap sembang kepala butuh... tak apa orang kita orang kita sabar karo kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Eh perlembagaan amareka sama dgn mlaaysia kah? Kalo bajet tak lulus pun boleh bayar gaji dan perbelanjaan penting la wei.