Sabtu, 28 November 2020

TAK PERLU PISAH DENGAN PKR

 


TAK PERLU

PISAH DENGAN PKR

AMIN

MASALAH BUKAN PKR

MASAALAH IALAH

ANWAR IBRAHIM

AMIN


DAP perlu timbang berpisah dengan PKR

PAKATAN Harapan (PH) secara mengejut tidak menyokong usul undi belah bahagi pada peringkat bacaan kedua Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Anwar Ibrahim perlu meminta maaf secara terbuka kepada rakyat serta rakan sekutu atas kesilapannya. Jika tidak, DAP harus berpisah dengan PKR, membubarkan PH dan menyusun semula barisan pembangkang di Malaysia.  

Belanjawan 2021 bukan belanjawan yang biasa, ia mempunyai makna dan tanda yang sangat penting sebagai usul tidak percaya terhadap Kabinet Muhyiddin Yassin. 

Sejak Langkah Sheraton, barisan pemimpin PH berulang kali menekankan bahawa Kabinet Muhyiddin perlu diuji dengan usul tidak percaya di Dewan Rakyat.

PH juga mempunyai beberapa percubaan untuk “counter-coups” untuk mengembalikan mandat rakyat.

Oleh itu, rakyat mempunyai hasrat yang kuat supaya barisan pembangkang boleh menolak belanjawan tersebut untuk membuktikan kerajaan pintu belakang yang dipimpin oleh Muhyiddin adalah tidak sah (illegitimate). 

Sebelum ini, ahli Parlimen PH telah mengkritik Belanjawan 2021 dengan sekeras-kerasnya bahawa ia tidak adil malah ia tidak mampu menyelesaikan krisis kesihatan awam dan ekonomi negara sekarang. 

Ramai ahli Parlimen PH menyatakan mereka akan menentangnya secara habis-habisan, serta memberi isyarat bahawa ada ahli Parlimen daripada pihak lain turut akan menentang belanjawan tersebut. Maka, rakyat menaruh semua harapan terhadap pihak pembangkang supaya Belanjawan 2021 tidak diluluskan. 

Tidak sangka pula, kata-kata PH tidak konsisten dengan perbuatan mereka. 

Pihak pembangkang bukan sahaja tidak mencapai syarat minimum 15 ahli Parlimen bagi undi belah bahagi, malah terus memberi laluan kepada kerajaan Muhyiddin untuk melepasi halangan dengan mudah. 

Hal ini mengecewakan penyokong PH. Anwar selaku ketua pembangkang juga mengarahkan semua ahli Parlimen DAP mengikut jejak beliau dan melakukan kesilapan ini. 

Hanya seorang daripada 42 ahli Parlimen yang berdiri dan meminta undi belah bahagi. Ini adalah saat yang paling memalukan dalam sejarah perjuangan DAP di Parlimen sejak penubuhan parti. 

Apa yang lebih mengejutkan ialah sebilangan ahli Parlimen PH hanya memberikan penjelasan mereka di halaman sosial masing-masing selepas insiden tersebut. 

Mereka memberi alasan bahawa akan menyokong usul undi belah bahagi di peringkat jawatankuasa serta bacaan ketiga. Penjelasan seperti ini adalah sama sekali tidak bertanggungjawab. 

Bacaan kedua merupakan peringkat di mana ahli Parlimen menyatakan pendirian mereka berdasarkan prinsip. Sekiranya belanjawan ditolak pada peringkat bacaan kedua, maka bacaan ketiga hilang keperluannya. 

Apabila pemimpin PH menolak undi belah bahagi di peringkat bacaan kedua, bagaimanakah kami mampu meyakinkan penyokong bahawa kami akan memandang serius dalam peringkat yang seterusnya?

Sekiranya undian bacaan ketiga boleh diadakan melalui undian belah bahagi, kenapa ia tidak boleh dilakukan di peringkat bacaan kedua? 

Seandainya PH memilih cara undian belah bahagi pada peringkat bacaan kedua, rakyat sebenarnya tidak akan menyalahkan PH walaupun tidak mempunyai bilangan yang cukup untuk menggagalkan belanjawan. Lagipun, PH telah mencuba  sebaik mungkin dalam Parlimen. 

Keinginan rakyat adalah untuk melihat sikap PH yang cukup tegas menentang kerajaan pintu belakang, dan bukanlah cepat menyerah kalah.

Anwar kerap menegaskan bahawa beliau mempunyai bilangan yang mencukupi dalam Dewan Rakyat dan mungkin menyumbang kepada perubahan kerajaan sekali lagi. Namun demikian, beliau masih tidak dapat memberikan bukti ataupun senarai sehingga hari ini. 

Anwar pada awalnya mempunyai peluang untuk mengembalikan semangat PH dalam Parlimen, tetapi beliau gagal lagi semalam. 

Hal ini juga mengakibatkan krisis perhubungan awam (public relation crisis), menghancurkan kredibiliti PH dan memadamkan api reformasi dalam kalangan rakyat.

Anwar mengakui memberi arahan supaya DAP dan PKR tidak menyokong usul undi belah bahagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat. Jadi, Anwar perlu bertanggungjawab dengan sepenuhnya atas kesilapannya dan meminta maaf terhadap penyokong PH. 

Sekiranya Anwar masih menegaskan penilaiannya adalah betul dan tepat, maka pemimpin pusat DAP harus berpisah dengan PKR, tidak lagi bersekutu dengan PKR. Biarlah PH dibubarkan dan menjalinkan hubungan kerjasama yang paling minimum dengan parti-parti pembangkang lain. 

Sebagai parti yang terbesar di Parlimen, DAP tidak patut berulang kali berkompromi dengan nilai-nilai teras dan ideologi parti kita, kononnya demi “big picture”. 

Saya berpendapat bahawa DAP patut menggunakan logo parti untuk bertanding pada pilihan raya akan datang. Saya mencadangkan agar kita hanya berunding dengan pihak lain sama ada untuk membentuk pakatan sebagai parti komponen kerajaan selepas pilihan raya. 

Mana-mana parti politik yang ingin bergabung dengan DAP sebagai kerajaan mesti mematuhi prinsip-prinsip perjuangan demokrasi sosial. 

Hanya dengan cara ini, DAP dapat mengelakkan diri daripada manipulasi parti-parti lain. Kita harus kembali ke landasan demokrasi sosial yang betul, dan terus memperjuangkan nilai-nilai pluralisme, kesaksamaan, keadilan, nilai sekular, dan merealisasikan impian ‘Malaysian’s Malaysia’. – 27 November, 2020. 

* Eric Teh Hoong Keat, Setiausaha Kebangsaan Pemuda DAP (DAPSY).



BILA AHLI

PKR TOLAK

ANWARA AKAN

MUNCUL PIMPINAN

BARU

AMIN

LAGI ENAM HARI

JIKA MUHYIDIN

TAK JATUH

ANWAR AKAN

LETAK JAWATAN

KETUA 

PEMBANGKANG

AMIN

WUJUDKAN SATU

PERSERIKATAN

 BARU

AMIN



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Izah dah tahu gotu gotu. Aku pun baru tahu gotu gotu apa. lagu tu[macam tu].penyakit pelik Anwar ni.tak ada wujud perkataan itu dalam daftar leksikon melayu maka orang dulu panggil gotu. Ada anak bini ada jawatan kacau sampai berhenti.ada member Khalid gagap tolong disekehnya kepala kawan. Ada member haji tian tolong tahan badan diketuknya kepala kawan tu depan pejabat sendiri.maafkan husam juling air tak nampak Anwar tu member ke batang ubi ke.