Rabu, 2 Disember 2020

AMANAH SDIA TUNGGU 7 HARI


AMANAH SEDIA

TUNGGU 7 HARI

AMIN

LEPAS 7 HARI

WAJIB ADA 

RANCANGAN BARU

AMIN


Amanah hargai kesediaan Anwar pikul tanggungjawab

AMANAH menyatakan penghargaan kepada Anwar Ibrahim kerana sedia memikul tanggungjawab atas arahannya yang menyebabkan Belanjawan 2021 lulus peringkat dasar.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa pimpinan nasional parti itu berhubung arahan kontroversi ketua pembangkang itu.

“... (Mesyuarat itu) hanya memutuskan Amanah menghargai kesediaan Anwar untuk mengambil tanggungjawab dengan apa yang berlaku pada 26 November lepas di Dewan Rakyat.

“Bagaimanapun, kita juga telah bersetuju untuk berbincang bersama dengan rakan-rakan gabungan apa yang patut dibuat  seterusnya selepas peristiwa itu,” katanya.

Beliau mengulas laporan The Malaysian Insight semalam bahawa Amanah setuju memberi peluang kepada Anwar untuk mengotakan janjinya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Anwar berjanji untuk berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dan persetujuan itu pula dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pimpinan nasional parti pada Ahad malam, kata sumber.

Pucuk pimpinan Amanah juga memutuskan Majlis Presiden PH perlu bermesyuarat selepas tempoh tujuh hari berakhir Khamis ini, untuk menetapkan hala tuju gabungan itu, tambahnya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata Amanah tidak memberikan sebarang kata dua berhubung tindakan Anwar.

“Oleh itu, adalah tidak benar sama sekali untuk (mendakwa) Amanah memberikan kata duakepada rakan-rakannya dalam PH.

“Memberi kata dua kepada rakan-rakan gabungan bukan budaya Amanah,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.

Khalid merupakan antara 13 ahli Parlimen yang bangun untuk menuntut undian belah bahagi sewaktu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menggulung perbahasan pada 26 November.

Ahli pembangkang lain termasuk Presiden Amanah Mohamad Sabu tidak bangun menyokong usul tersebut menyebabkan undi belah bahagi untuk menolak belanjawan tersebut tidak dapat dijalankan.

Ia disebabkan arahan Anwar supaya ahli Parlimen tidak menyokong usul mendesak undi belah bahagi yang membolehkan belanjawan berkenaan lulus di peringkat dasar.

Anwar kemudian menjelaskan belanjawan tersebut masih boleh ditolak dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa.

Perbahasan peringkat jawatankuasa untuk lima kementerian minggu ini bagaimanapun sudahpun berjaya diluluskan apabila lebih banyak undi menyokong berbanding bantahan pembangkang.

Tiga daripadanya lulus dengan undian belah bahagi dan dua lagi lulus dengan undian suara setakat semalam. – 2 Disember, 2020.

BACANG PEMUDA 

DAN WANTA

DAH BERSUARA

AMIN

JELAS MAHU

ANWAR DIGANTI

AMIN

JENG JENG JENG

KITA LIHAT

APA JADI

UNTUK BACAAN 

AKHIR 15/12/2020

AMIN



Tiada ulasan: