Rabu, 9 Disember 2020

BERITA BAIK UNTUK WARGA KELANTAN -

 


UMNO LEBIH

BAIK DARI PAS

AMIN

UMNO JANJIKAN

HAL DUNIA

AMIN

PAS JANJIKAN

HAL LEPAS MATI

AMIN

AIR PAIP TAK KARAT

DIPERLUKAN

 SEKARANG

AMIN 

KERETA MERCEDES 

DAPAT BUKAN

 LEPAS MATI 

AMIN 

DUIT BALAK DAPAT SEKARANG 

BUKAN LEPAS MATI

  AMIN 

LEPAS MATI 

ABIS CERITA

AMIN



Umno Kelantan sedia lawan PAS jika ketepikan Muafakat Nasional

UMNO Kelantan bersedia untuk meletakkan calonnya di semua kawasan di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang jika PAS mengetepikan Muafakat Nasional, kata setiausaha Umno Kelantan.

Umno Kelantan merujuk kepada laporan Harakah yang memetik Timbalan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob yang mendakwa parti Islam itu mahukan Bersatu sebagai rakan dalam gabungan.

“Merujuk kepada kenyataan berita Menteri Besar Kelantan dalam HarakahDaily dan MalaysiaKini yang diterbitkan pada 2 Disember 2020, Umno Kelantan kurang jelas sama ada PAS masih ingin meneruskan Muafakat Nasional atau sebaliknya.

“Umno Kelantan komited dan istiqamah kepada piagam Muafakat Nasional yang telah termeterai di peringkat kebangsaan bersama PAS dan bersetuju sebagai agenda penyatuan Ummah.

“Sekiranya PAS lebih cenderung untuk mengetepikan Muafakat Nasional yang telah disepakati, Umno dan BN Kelantan bersiap sedia untuk meletakkan calon di semua kawasan pilihan raya DUN & Parlimen PRU15,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata perjuangan politik Melayu perlukan Bersatu.

Tambahnya gabungan itu tidak perlu terhad kepada Umno dan PAS sahaja.

“Bagi saya, lebih besar lebih baik. Satu berkas lidi, kalau dah besar banyak guna, lebih kuat,” katanya.

Ujar Ahmad lagi, perbalahan antara parti-parti Melayu hanya akan merosakkan bangsa Melayu.

Pada Februari, Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan bersama Umno dan PAS serta parti komponen Barisan Nasional.

Bersatu ditubuhkan pada 2016 dan diterajui oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. – 7 Disember, 2020.


WARGA KELANTAN

DIBERI PILIHAN

KAH KAH KAH

 PILIH AIR BERSIH SEKARANG

ATAU DAPAT 

AIR PAIP BERSIH 

LEPAS MATI 

AMIN

PILIH JANGAN

TAK PILIH

KAH KAH KAHAMIN



Tiada ulasan: