Sabtu, 5 Disember 2020

KITA JAGA KITA

 


AWAS


HATI


HATI

Lembah Klang catat 

jumlah kes 

Covid-19 tertinggi

MALAYSIA mencatat 1,123 kes baharu Covid-19 hari ini, sebahagian besarnya berasal dari Lembah Klang.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa kes-kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan mencatat angka 71,359 sementara kes-kes aktif menurun menjadi 10,775 kes.

Katanya, Lembah Klang mencatat 490 kes sementara Sabah melaporkan 391 kes.

Tambah beliau lagi, kluster penjara dan pusat tahanan pula menyumbang 40 kes.

Malaysia juga turut mencatat lima kes import hari ini.

Ketua pengarah kesihatan itu menjelaskan bahawa dua dari empat kematian yang dilaporkan hari ini adalah di Sabah sementara Johor dan Selangor masing-masing menyaksikan satu kes kematian.

Empat kes kematian tersebut menjadikan jumlah korban Covid-19 menjadi 380 orang.

Beliau berkata kes pulih kini dicatat melebihi kes baharu selepas 1,143 orang dibenarkan pulang setelah pulih jangkitan.

Angka baharu itu menjadikan kes pulih jangkitan kini berjumlah 60,204 kes.

Kementerian kesihatan juga turut menemui empat kluster baharu Covid-19.

130 orang pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). 54 orang daripada jumlah itu memerlukan bantuan sokongan pernafasan. – 5 Disember, 2020.
 

KITA

JAGA 

KITA

Tiada ulasan: