Sabtu, 19 Disember 2020

KOBID MASIH GANAS

 


AWAS


Malaysia catat 1,153 kes baharu Covid-19

SELANGOR, Kuala Lumpur dan Sabah sekali lagi menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas.

Sebanyak 1,153 kes baharu direkodkan di seluruh negara dengan Selangor mencatatkan kes paling tinggi iaitu 401 kes atau 34.8% daripada keseluruhan kes baharu.

Sebanyak 281 kes dikesan di Kuala Lumpur dan 199 kes di Sabah.

Keseluruhan kes di seluruh negara kini mencecah 91,969 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 176 kes dicatatkan daripada kluster penjara dan depoh imigresen.

Satu kematian turut dicatatkan hari ini di Pulau Pinang, menjadikan keseluruhan korban meningkat kepada 433 atau 0.47 peratus daripada keseluruhan kes.

Mangsa merupakan wanita berusia 76 tahun dan mempunyai sejarah tekanan darah tinggi.

Bagi kes pulih, Malaysia mencatatkan 988 kes pulih menjadikan keseluruhan kes pulih sebnyak 76,242.

Kes aktif kini sebanyak 15,294 dengan 112 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 56 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – 19 Disember, 2020.


KITA

TOLONG

KITA

Tiada ulasan: