Jumaat, 18 Disember 2020

TAHNIAH - FERI KITA SELAMAT

 



TAHNIAH


FERI KITA


SELAMAT

Feri kurangkan 

kesesakan trafik 

di Pulau Pinang,

 kata Ramasamy


FERI diperlukan di Pulau Pinang bukan hanya sebagai satu cara pengangkutan tetapi untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dari tanah besar ke pulau itu, kata Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy.

Pemimpin DAP itu berkata feri bukan sekadar ikonik tetapi juga penting dalam membantu pulau terutama ketika waktu puncak.

“Feri ikonik bukan hanya penting sebagai simbol identiti Pulau Pinang atau untuk tarikan pelancong tetapi pengangkutan utama penumpang berkenderaan.

“Adalah bagus untuk berbicara mengenai membawa orang dan bukannya kereta, tetapi buat masa ini tanpa adanya sistem pengangkutan awam yang berkesan, terdapat keperluan untuk membawa kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Adun Perai itu juga menyambut baik pengumuman kerajaan persekutuan yang perkhidmatan feri akan dikekalkan selepas operasinya dijadualkan dihentikan pada akhir tahun ini.

Sehingga Putrajaya menyelesaikan masalah pengangkutan di Pulau Pinang, feri adalah pilihan yang sesuai untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, kata Ramasamy.

“Oleh itu, sehingga Pulau Pinang dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang berkesan dengan wang persekutuan atau bahkan jaminan kewangan, terdapat keperluan untuk membawa kereta.

“Untuk melakukan ini, feri ikonik diperlukan.”

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam mengumumkan keputusan mengekalkan perkhidmatan feri oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB).

Bagaimanapun, Ramasamy bertanya sama ada kerajaan persekutuan Perikatan Nasional akan memperuntukkan lebih banyak dana kerana feri yang ada sudah lama.

“Apakah kerajaan pusat akan menambah dana dari RM30 juta sekarang kepada jumlah mencukupi untuk pembelian feri baharu? Zafrul belum membuat pengumuman mengenai perkara ini,” katanya. – 18 Disember, 2020.


LANGKAH

BIJAK  YANG

BETUL

AMIN


1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Mintak Zahid atau Najib beli feri baru ..dua ekor ni banyak kontek ..