Isnin, 4 Januari 2021

AGUNG LANTIK PM BARU ?

 


APA MAKNA

CAKAP ANWAR INI?

JENG JENG JENG

RABU INI

MUHYIDIN RUNTUH

AMIN

KEMUDIAN AGUNG

AKAN LANTIK SAPA?

AMIN 



Kuasa mutlak Agong tentukan PM, kata Anwar

KETUA Pembangkang Anwar Ibrahim menyerahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukan perdana menteri, selepas beliau mempersembahkan sokongan majoriti yang ada padanya untuk menggantikan Muhyiddin Yassin.

“Saya sudah hantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong baru habis kuarantin.

“Itu budi bicara Yang di-Pertuan Agong… tak mahu komen lebih itu,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, petang ini.

Anwar menjawab soalan apakah beliau yakin masih ada sokongan daripada Umno kepadanya untuk jadi perdana menteri.

Anwar ditemui oleh pemberita selepas program beliau bersama pimpinan PKR Wilayah Persekutuan di sebuah hotel.

Istana Negara dalam satu kenyataan pada 25 Disember lalu memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari selepas pulang dari lawatan ke Emiriah Arab Bersatu.

Tempoh kuarantin itu berakhir semalam.

Anwar pada 13 Oktober lalu menghadap Sultan Abdullah di Istana Negara di Kuala Lumpur bagi mempersembahkan sokongan kepadanya untuk membentuk sebuah kerajaan baharu, menggantikan pentadbiran Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Majlis Kerja Tertinggi Umno yang bermesyuarat dua kali dalam tempoh seminggu selepas itu kemudian memutuskan untuk terus menyokong kerajaan Muhyiddin sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Anwar kemudian berkata pihaknya akan meneruskan proses untuk mengembalikan mandat rakyat yang dirampas melalui percaturan politik menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari tahun lalu.– 3 Januari, 2021.


SEMUA TERPULANG

PADA AGONG

JENG JENG JENG

LANTIK

MUHYIDIN ?

MAHATHIR ?

KU LU  ?

ANWAR ?

ATAU

DOLAH SANI ?

ATAU 

KEKANDA MUJAHID?

JENG JENG JENG



Tiada ulasan: