Rabu, 13 Januari 2021

APA BOLEH APA TAK BOLEH

 


UNTUK SELAMAT

BERSAMA SAMA

SILA BACA

AMIN




Perkara dibenar, dilarang mengikut SOP kawasan PKP


MAJLIS Keselamatan Negara mengisytihar prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan bermula esok di enam negeri.

Senarai tersebut meliputi Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya can Labuan), Melaka, Johor dan Sabah berkuatkuasa esok hingga 26 Januari.

Turut disenaraikan, SOP untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) meliputi Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang dan tiga Zon di Sarawak

SOP untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula melibatkan Perlis dan Sarawak, kecuali zon Kuching, Sibu dan Miri)


Berikut butiran seperti yang disenaraikan MKN di saluran rasminya:

Kawalan pergerakan

• Laluan keluar masuk kawasan PKP ditutup dan dikawal kemasukan oleh PDRM.

• Semua penduduk di dalam kawasan PKP tidak keluar dari kediaman/ tempat tinggal.

• Dua orang sahaja wakil isi rumah dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediamannya.

• Maksimum tiga orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediamannya atau ke tempat paling hampir dengan kediamannya sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediamannya.

• Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti kematian dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.

• Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti bencana alam dibenarkan.

• Pergerakan bantuan bencana/ kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran PDRM dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di bawah NADMA.

• Reciprocal Green Lane (RGL) dan Periodic Commuting Arrangement (PCA) antara Malaysia dan Singapura diteruskan berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui.

Aktiviti dalam kawasan PKP
• Restoran, kedai / gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam.

• Aktiviti pembekalan atau penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran sahaja bermula jam 6 pagi sehingga 8 malam.

• Hospital dan klinik boleh beroperasi sehingga 24 jam.

• Kedai farmasi boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

• Kedai keperluan harian boleh beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

• Stesen minyak boleh beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 10 malam kecuali stesen minyak di lebuhraya boleh beroperasi sehingga 24 jam.

• Pasar harian dan pasar tani boleh beroperasi dari jam 7 pagi hingga 2 petang

• Pasar borong boleh beroperasi dari jam 12:01 pagi sehingga 6 pagi dan 11 pagi sehingga 4 petang.

• Klinik dan kedai makanan haiwan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam

• Kedai dobi kecuali dobi layan diri dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 8 malam.

• SOP berkaitan sesi pembelajaran bagi sekolah dan institut pengajian tinggi akan diperincikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Kebenaran operasi, pergerakan bagi perkhidmatan perlu

• Semua sektor dalam senarai perkhidmatan perlu yang berdaftar dengan kementerian/ agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PKP. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran / surat kelulusan beroperasi dan pas pekerja/ surat pengesahan majikan.

• Pergerakan urusan rasmi kerajaan perlu  disertai oleh dokumen pengesahan majikan. Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan perlu terhad kepada pekerja yang perlu hadir secara fizikal ke tempat kerja bagi tujuan melaksanakan tugas dan kategori pekerja lain dalam perkhidmatan perlu boleh bekerja dari rumah. (Majikan bertanggungjawab membuat pengkelasan kategori bagi mengurangkan bilangan orang di tempat kerja kepada kadar yang perlu).

Pusat asuhan kanak-kanak, taska, tadika dan tabika

• Pusat asuhan kanak-kanak, taska, tabika dan tadika dibenarkan beroperasi dengan kebenaran oleh kementerian/ agensi berkaitan.

• Ibu bapa/ penjaga yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan menggunakan kenderaan dengan jumlah penumpang kanak-kanak mengikut kapasiti kenderaan.

Senarai aktiviti yang tidak dibenarkan
 
1. Aktiviti ekonomi
• Operasi pasar malam dan bazar larut malam
• Operasi kedai pakaian, dobi, kedai cermin mata, gunting rambut, salon, spa dan refleksologi.
• Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, seni, kelas mengaji, kelas bahasa dan sebagainya.

2. Aktiviti hiburan
• Aktiviti di kelab malam atau pub.
• Aktiviti di taman tema, indoor playground, karaoke keluarga dan panggung wayang.
• Aktiviti konsert atau acara langsung.

3. Mesyuarat
• Mesyuarat bersemuka agensi kerajaan dan swasta tidak dibenarkan.

4. Seminar, bengkel, persidangan/ pameran
• Semua seminar/ bengkel / kursus/ latihan/ persidangan/ ceramah/ pameran dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan

5. Penganjuran majlis keramaian
• Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta
• Majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial.

6. Aktiviti sukan dan rekreasi
• Semua aktiviti sukan dan riadah kecuali kelonggaran aktiviti jogging dan berbasikal seperti yang telah dinyatakan di dalam SOP.
• Aktiviti penganjuran kejohanan dan pertandingan.
• Aktiviti sukan dan rekreasi yang melibatkan penglibatan yang ramai dan sukar dikawal penjarakan fizikal.
• Acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta dari luar negara.

7. Aktiviti pelancongan
• Aktiviti pelancongan ke luar/masuk kawasan PKP dan di kawasan PKPD.
• Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana yang dinyatakan oleh menteri.

8. Lain-lain yang tidak dibenarkan
• Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan ketua pengarah kesihatan.
• Lain-lain perkara yang diputuskan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

SOP PKPB

• Kawasan terlibat: Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang dan 3 Zon di Sarawak iaitu Zon Kuching, Zon Sibu dan Zon Miri.

• SOP bagi PKPB adalah sama seperti sebelum ini kecuali aktiviti MICE (Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions) serta pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan.

• Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri kendara, majlis perkahwinan, pertunangan, resepsi, akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulangtahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial adalah tidak dibenarkan.

• Aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal dan dijalankan secara individu tidak melebihi 10 orang seperti berjalan, jogging, berbasikal dan lain-lain di dalam kawasan PKPB dibenarkan dengan mematuhi SOP sektor sukan dan rekreasi.

• Bagi SOP yang lebih terperinci dan perubahan dari semasa ke semasa boleh rujuk di laman sesawang MKN Rasmi

SOP PKPP

• Kawasan terlibat: Perlis dan Sarawak (kecuali zon Kuching, Sibu dan Miri)

• Tempoh berkuatkuasa: 12 Januari (mulai 12.01 pagi) sehingga 31 Mac 2021 (11.59 malam)

• SOP bagi PKPP adalah sama seperti sebelum ini kecuali pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan.

• SOP yang lebih terperinci dan perubahan dari semasa ke semasa boleh rujuk di laman sesawang rasmi MKN. – 12 Januari, 2021.


KITA

JAGA

KITA

AWAS

Tiada ulasan: