Ahad, 24 Januari 2021

BUKU DALIL UNTUK ZAHID NAJIB ANWAR

 



ANWAR ADA

BUKU 50 DALIL

KAH KAH KAH

NAJIB ADA

BUKU 100 DALIL

KAH KAH KAH

ZAHID ADA 

BUKU 30 DALIL

KAH KAH KAH


Usaha singkir Zahid bermula, kata penganalisis

USAHA untuk menyingkirkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kini sudahpun bermula, kata penganalisis.

Pengarah Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata ini dapat dilihat melalui kenyataan keras dalam sidang media bekas setiausaha agung parti Annuar Musa, dan pengedaran buku mengkritik Zahid.

Selain itu, ia juga ditunjukkan dalam kenyataan terbuka oleh pemimpin akar umbi agar presiden Umno itu meletak jawatan, katanya.

“Bukanlah kebetulan apabila dua minggu sebelum itu Annuar secara terbuka menyerang Ahmad Zahid,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Seruan dari Umno Paya Besar supaya Ahmad Zahid meletak jawatan pada Jumaat hanya tindakan susulan kepada gerakan yang dicetuskan Annuar, katanya.

Susulan itu juga, buku dalam bentuk elektronik yang menyenaraikan 30 sebab Ahmad Zahid perlu meletak jawatan diedarkan.

“Ini naratif terancang sebagai membalas rancangan Ahmad Zahid untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu dan menarik keluar parti itu dari kerajaan Perikatan Nasional.

“Ia juga mengesahkan perpecahan dalaman di dalam Umno benar-benar berlaku. Inilah perkara yang Ahmad Zahid gagal tangani,” kata Hisommudin.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Bahagian Umno Paya Besar division Ahmad Tajuddin Sulaiman yang membuat seruan terbuka agar Ahmad Zahid meletak jawatan sebagai presiden.

Pengarah The Boustead itu mendakwa Ahmad Zahid gagal memimpin parti dengan arahan jelas dan menjejaskan perpaduan parti.

Bahagian itu menyertai kumpulan pemimpin Pemuda Umno yang mendesak perkara sama kerana kecewa Zahid masih gagal memutuskan hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum.

Mengulas lanjut, Hisomuddin berkata serangan ini akan lebih kuat menjelang pemilihan parti yang akan dijalankan pada tahun ini.

Katanya, Umno perlu menerima bahawa parti itu tidak lagi kuat seperti dulu dan tidak lagi dapat menggembleng sokongan orang Melayu.

“Kenyataan itu menunjukkan rasa tidak puas hati di kalangan anggota Umno terhadap Ahmad Zahid yang tidak mampu menetapkan panduan yang baik untuk part menjelang pilihan raya umum ke-15,” kata graduan Universiti Malaya itu.

Seorang pensyarah universiti itu, Prof Awang Azman Amang Pawi pula melihat, walaupun banyak bahagian Umno mahu memutuskan kerjasama dengan Bersatu, ramai tidak selesa dengan keputusan itu.

“Terutamanya golongan yang mendapat habuan jawatan bawah kerajaan Perikatan Nasional.

“Golongan ini menggesa Ahmad Zahid menarik balik keputusan itu kerana kedudukan mereka dalam Kabinet dan dalam GLC akan hilang jika Umno memutuskan hubungan dengan Perikatan.”

Katanya, situasi pada waktu ini berlaku kerana Ahmad Zahid tidak diberi jawatan Kabinet dan tidak berpengaruh dan berkuasa seperti presiden Umno terdahulu.

“Sedangkan dalam budaya Umno politik wang sentiasa menjadi pertimbangan budaya lama mereka dan presiden umno sekarang tiada sumber wang tanpa jawatan kabinet.

“Tiada kuasa dan tiada wang,” katanya.

Namun beliau berpendapat kedudukan Ahmad Zahid tidak wajar digugat seperti itu dan pemimpin parti sepatutnya menunggu masa pemilihan parti.

Oleh itu, Ahmad Zahid perlu berani mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang cuba menggugat kestabilan parti dan memecat individu terlibat untuk membersihkan parti, katanya.

“... (Ini) bagi memastikan umno benar-benar stabil dan harmoni serta bebas daripada musuh dalaman parti sendiri. Ini penting bagi persediaan menghadapi PRU15,” katanya.

Hisomuddin pula percaya Perintah Darurat akan menguatkan gerakan untuk menyingkirkan Ahmad Zahid.

Jelasnya, ini kerana Perhimpunan Agung Umno yang sepatutnya berlangsung dua hari bermula 30 Januari sudahpun ditangguhkan disebabkan darurat tersebut.

“Kumpulan ini menggunakan ruang ini untuk mempengaruhi bahagian untuk menyingkirkan Zahid.

“Sebahagian darinya berharap naratif ‘singkir Ahmad Zahid’ ini akan mengambil alih resolusi ‘putuskan hubungan dengan Bersatu’ yang diluluskan bahagian Umno,” katanya.

Hubungan dengan Bersatu dalam gabungan kerajaan kini bermasalah apabila Umno mendakwa dibuli dan diketepikan oleh parti yang baharu dan lebih kecil itu.

Pemimpin Umno sudah beberapa kali cuba memutuskan hubungan dengan Bersatu yang akan menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional tumbang, tetapi membatalkannya di saat akhir.

Ahmad Zahid dan bekas presiden Najib Razak sudahpun menyatakan kesediaan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu namun ia ditolak pemimpin Umno lain yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan. – 24 Januari, 2021.




ANWAR BERAKHIR

KE SUNGAI BULUH

AMIN

NAJIB BERAKHIR

KE MANA ?

AMIN

ZAHID BERAKHIR

KE MANA?

AMIN



Tiada ulasan: