Ahad, 10 Januari 2021

CONTOH PEMIMPIN MUDA PKR YANG BIJAK

 


KITA SOKONG

PEMIMPIN MUDA

BIJAK

AMIN

TUMPU LAWAN

KOBID

AMIN

BUKAN TUMPU

NAK JADI PM

KHALAS


Patut tumpu Covid-19

 bukan layan soal 

kemelut politik – Akmal


PETALING JAYA – Wakil rakyat pembangkang enggan melayani kemelut politik lebih-lebih ketika pentadbiran  Muhyiddin Yassin yang kini berdepan dengan kehilangan majoriti ahli Parlimen.

Sebaliknya Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendesak kerajaan kembali menumpukan soal prosedur operasi standard (SOP) bagi menurunkan jumlah positif kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

“Kalau tengok kerajaan patut tumpu kepada soal SOP dan jugak kelangsungan ekonomi ini sebab kesannya sangat teruk. Kalau tiba masanya kita mula bertanya hubungan pemain industri, mereka sekarang ini ‘menjerit’ mengharapkan kerajaan fokus kepada isu yang sebenar.

“Kerajaan punya pengumuman agak mengelirukan, ada yang kata mungkin nak lock down, ada yang kata tidak dan SOP yang tidak konsisten bagi kesan besar kepada industri,” katanya kepada pemberita di hadapan ibu pejabat PKR hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Machang,  Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Jazlan berkata, keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan kepimpinan Muhyiddin dibuat tanpa desakan daripada mana-mana pihak.

Sementara itu, Akmal juga enggan mengulas lanjut keterbukaan presidennya, Anwar Ibrahim menerima mana-mana parti termasuk kerajaan mengadakan kerjasama politik.

Sebaliknya sebagai pemimpin anak muda, beliau perlu memastikan masa hadapan anak muda di negara terus dibela, apatah lagi jika berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi.

“Kita tengok daripada kelangsungan profesional anak muda, sebab itu bila berbalik soal SOP ini memang kita pegang dengan prinsip.

“Tanggungjawab saya memastikan anak muda dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan Covid-19 belum selesai.

“Bila Khairy Jamaluddin sebut bahawa kesan itu hanya akan mengambil tempoh 16 bulan, masa itu masih jauh untuk kita hadapi Covid-19,” katanya lagi. –

PANDANGAN

TAK SAMA

DENGAN ANWAR

AMIN

MAKNANYA

DALAM PKR

WUJUD KUMPULAN

MUDA YANG

MUAK MENYAMPAH

DENGAN ANWAR

AMIN


Tiada ulasan: