OLD COMPTON
STREET LONDON
Aku juga dalam peralihan tempat tinggal dari 34 Birnam Road North London pindah ke 44 Newmill House Devas Street Bromley-by-Bow East London.
Rumah pindah. Sekolah pindah. Tempat aku cari makan pun pindah - dari Camden Town ke Soho West End.
Arwah nenek aku ada menerangkan : kalau kita pindah randah rumah lebih dari tujuh kali ini tanda kita nak papa.
Pandangan nenek aku ini lahir dari budaya Melayu asli. Arwah Datuk Sidek peneroka asal membuka Kampong Tengah. Tok Sidek membuat sawah, membuat kebun, menanam kelapa, tanam pokok buah-buahan – mustahil Tok Sidek akan pindah.
Sampai ke hari ini tanah di Kampung Tengah itu menjadi tanah pusaka milik keluarga kami. Cucu cicit Tok Sidek sudah pindah randah. Kampung asal kami sudah menjadi kampung tinggal. Sawah pun dah menjadi belukar.
Walau pun aku berada dalam kota kosmopolitan London – budaya Sakai Biduanda aku masih tebal melekat. Setiap kali aku pindah rumah aku teringat kata-kata arwah nenek aku ini.
Bila aku hendak pindah dari Finsbury Park ke Bromley-by-Bow aku mula mengira berapa kali aku sudah pindah sesampai aku ke kota London. Ah ! Belum sampai tujuh kali. Aku tersenyum kerana aku masih dalam lingkungan selamat belum menuju papa.
Untuk warga London pindah tempat tinggal dari alamat North London ke East London ini menunjukan kemerosatan dalam taraf hidup. North London – London Utara terutama di wilayah Islington – adalah wilayah paling ‘trendy dan chic’ dalam kota London.
Minah Feshen, Mamat Media, Mamat TV , Mamat dan Minah kaki glamour semua akan mencari tempat tinggal di North London. Anak muda yang nak jadi ‘rock star ‘ pun perlu alamat di North London.
Sewa bilik, sewa rumah atau flet agak mahal berbanding dari wilayah yang lain.
Awas ! Bukan murah nak jadi trendy dan chic. Jika tak ada modal jangan cuba-cuba. Koyak poket terkehel bahu memikul hutang. Amin.
‘ Wow Isham... you’re from North London...so cool..’ Ini kata kata rakan sekolah aku di Brixton College. Kawan aku yang bercakap ini tak tahu aku duduk ‘free’ bekerja sebagai ‘baby sitter’.
Entah apa yang cool di London Utara pada ketika itu aku pun masih belum lagi arif. Aku pendatang baru - masih tahap berudu di London. Berudu yang pindah dari Wavre Belgium ke London.
Tapi aku agak arif tentang Bromley-By- Bow kampung baru aku. Aku faham maknanya bila aku pindah dari Finsbury Park North London ke Bromley By Bow di wilayah East End London.
Wilayah East End saperti : daerah Whitechapel , Stratford , Bow, Bethnel Green dan Bromley adalah wilayah yang dianggap miskin di London.
Dari segi sejarah kota London wilayah East End tempat kesampaian para imigran. Di wilayah ini ada dua pasar besar – pasar ikan Billinggate dan pasar daging Smithfield.
Di East End juga tempat pelabuhan – Dockland. Di perlabuhan ini bermulnya kuasa laut imperial Inggeris mengeledah , menjarah dan menjajah dunia. Dari Dockland inilah kapal-kapal lanun Inggeris yang mendapat restu Raja dan Baginda Queen memulakan pelayaran untuk menjarah dunia.
Di awal kurun 1800 para Yahudi dari Eropah Timur yang dibantai oleh warga asal Poland, Belanda, Ukraine dan Rusia telah berbondong-bondong melarikan diri berhijrah ke Whitechapel East End.
Pada tahun 1971 – perang berlaku antara Pakistan Timur dengan Pakistan Barat. Pada 17 April 1971 Pakistan Timur menjadi Bangladesh – sebuah negara baru muncul bebas dan merdeka. Akibat dari perang ini berbondong-bondong warga Bangla menjadi orang pelarian masuk ke East London.
Pendatang baru – Yahudi dan Bangla ini semuanya mahu mencari kehidupan baru. Hidup yang lebih baik dari negara asal usul mereka.
Imigran awal - para Yahudi akhirnya berjaya kini pindah ke London Utara – ke Golders Green – wilayah kelas menengah. Manakala Bangla masih warga dominan di East London terutama di wilayah Tower Hamlet. Kini wilayah telah menjadi Bangla Town.
Ketika aku sampai, East End masih lagi dilihat sebagai wilayah perkampunagn kaum pekerja, kaum buruh dan para imigran.
Wajib aku nyatakan disini East End ini adalah tempat ‘daerah rumah merah atau red light district’ untuk kota London. Red light district adalah konsep sopan yang digunakan untuk menggantikan ‘sarang lonte’ atau ‘ rumah pelacur ‘.
Lampu merah yang terpasang di jendela menandakan kepada bakal pelanggan bahawa dalam rumah ini ada penjualan ‘ daging segar’.
Konsep dan frasa rumah merah ini bermula di perlabuhan Amsterdam 500 tahun dahulu. Di pelabuhan Amsterdam para kelasi Belanda mencari nikmat daging hidup sebelum belayar jauh ke Jawa atau ke Surinam. Kelasi yang pulang dari pelayaran sebelum bertemu isteri akan lebih awal bertemu kekasih lama di rumah merah.
Ini watak pelabuhan di mana sahaja dalam dunia ini. Whitechapel juga tak jauh dari pelabuhan Dockland. Hakikatnya dimana ada kapal berlabuh disana kita akan temu perniagaan daging segar. Lagi miskin wilayah itu lagi rancak perniagaan daging segar.
Aku pindah ke Bromley By Bow kerana seorang Minah dari Malaysia mahu aku mengambil alih fletnya. Flet ini milik Majlis Bandaran Tower Hamlet. Sewanya 22 pound seminggu. Minah ini telah menjadi penduduk tetap di United Kingdom. Dia bekerja sebagai jururawat. Jururawat yang bernam See Mee ini berasal dari Perak. See Mee mahu bertukar angin dengan kehidupan baru – dia berpindah ke Australia. Bila See Mee memberikan aku kunci fletnya - kecil tapak tangan beg kosong aku tadahkan. Amin.
Inilah sejarahnya kenapa aku menjadi warga Bromley- by- Bow di East End.
‘ You need a job... nak jadi waiter... pergi ke Desaru di Old Compton Street Soho... jumpa Freedy... dia Pilipina... katakan Anna yang hantar.... tell Freedy you are my friend....’ Kata-kata Anna yang hingga ke hari ini tidak akan aku lupakan.
Anna juga mengubah hidup aku.
Aku ingat lagi petang Rabu itu aku sampai ke Old Compton Road untuk mencari Restoran Desaru. Awalnya – aku sebagai berudu di London aku tak tahu bahawa Old Compton ini dalam wilayah Soho. Aku juga tidak tahu bahawa Soho ini dalam wilayah West End.
Aku menolak pintu gelas Restoran Desaru. Kosong. Ada seorang budak India duduk seorang diri di bucu meja belakang. Aku memberanikan hati dan bertanya.
‘ I’ m looking for Freedy...’
‘ Not here... six oclock.. come..’
Aku wajib membunuh satu jam. Lalu aku ngelencong ke China Town yang tidak jauh dari Desaru dan tak juga jauh dari Leicester Square. Sambil berjalan sambil aku mengenal cam jalan jalan dan bangunan sekeliling. Ini wilayah baru aku. Jika aku bekerja sebagai pelayan disini maka aku wajib tahu semua arah dan semua lorong.
‘ Yes... restaurant not open yet... we open at six...’ Suara lelaki Melayu pertengahan umur muncul dari belakang aku.
‘ I’m looking for Mister Freedy...’
‘ Why ? ‘
‘ Anna from Camden Town ask me to meet him... for a job..’
‘ Really... you’re her boyfrend? Where is Anna now...’
‘ Camden..’ Aku menjawab sambil menggeleng kepala menafikan aku pernah berkasih dengan Anna. Jantan itu ketawa dan menghulur tangan. Kami bersalaman.
Ah! Jantan yang aku anggap Melayu itu adalah Freedy – lelaki Pilipina yang wajib aku temui mengikut arahan Anna. Freedy ialah manager Desaru.
‘ So... can you start this weekend.... black trouser white white shirt... 11.00 in the morning... full time...ok ? Soo .. Ah Tan will teach you...and Shah ... Our bar man is Mister Chee.. don’t be late be on time....’ Freedy menunjukkan aku kepada tiga orang pelayan yang sedang menggulung napkin.
Sebulan aku di Desaru aku bukan lagi berudu. Aku telah menjalar menjadi katak. Aku sudah pandai meloncat.
Aku cukup selesa dan bangga bekerja di Desaru di Old Compton Street. Mengapa tidak. Aku kini berada betul betul ditengah tengah wilayah Soho.
Ha! Akhirnya aku sampai ke Soho. Dari zaman sekolah menengah lagi aku telah mendengar nama Soho. Soho dan sex. Sex dan Soho. Ini sahaja yang aku dengar. Dari majalah yang aku baca. Buku komik yang aku lihat. Majalah ‘porn’ yang aku curi tengok – nama Soho akan aku temui.
Satu malam ketika pelanggan kurang aku memerhati keluar melintasi dinding gelas Desaru. Terletak berhadapan dengan Desaru ialah Compton – sebuah pub. Dari dinding gelas Desaru aku ternampak pertujukan - live show - purtan – perempuan jantan. Dengan penuh make up purtan akan menari dan bertandak di atas pentas.
Oh la la kata Orang Peanchis – baru aku sedar pub Compton ialah untuk ‘Lelaki Gembira – Gay Pub.
Presto! Aku kenal bilik kecil ini. Ingatan aku menjadi segar. Mustahil aku akan melupakan sejarah aku dengan bilik kecil ini. Tidak aku sangka - aku dan bilik kecil ini bertemu kembali.
Ingatan aku kembali ketika aku menumpang di rumah Din Wahab pelajar School of Feshen London. Bersama Din Wahab ialah Azahar yang juga belajar ilmu feshen jahit menjahit. Azahar ini agak kecil dan rendah. Pernah satu kali tuan empunya pub memaksa Azahar keluar kerana disangka kanak-kanak.
Satu petang Din Wahab telah menalipon kampung. Dia mendapat tahu berita buruk. Nenek kepada Azahar telah meninggal dunia. Keluarga Azahar meminta Din Wahab menyampaikan berita sedih ini kepada Azahar.
Din Wahab memberi tahu aku berita ini. Din Wahab tahu bahawa Azahar amat rapat dengan neneknya. Bagaimana nak memecahkan berita sedih ini kepada Azahar.
Jeng, Jeng, Jeng.
‘ Mari kita belanja dia...makan kat China Town... lepas itu kita bagi tahu... ‘ Cadangan Din Wahab.
‘ Nak belanja apa..’ Aku pun hilang akal.
Petang itu kami bertiga keluar ke China Town. Aku dan Din Wahab menyimpan niat mahu menjamu Azahar makan di restoran. Tetiba kami tersesat. Kami sampai ke wilayah yang belum penah kami lalu.
Aku ternampak iklan – Peep Show – wow ertinya kami tersesat ke Soho. Aku berbisik pada Din Wahab dia mengangguk kepala.
‘ Azahar... kau pernah tengok perempuan telanjang.. bukan adik kecik kau...’ Aku selamba bertanya.
Azahar menggelengkan kepala.
‘Kau pernah tengok bulu buret Mat Saleh... ‘ Aku bertanya sambil tersenyum.
Azahar dan Din wahab terbarai ketawa.
‘ Dalam bilik kecil ini kalau kau masukan duit ...tingkap akan terbuka... dalamnya ada Minah Salleh telanjang... lagi banyak kau masuk duit lagi lama kau tengok dia telanjang...’ Aku berlagak sebagai taiko yang tahu semua perkara.
‘ Nak masuk... aku belanja....’ Sambil aku membuka dompet untuk meyakinkan Azahar.
Azahar mengangguk. Dia masuk ke bilik kecil seluas dua kabin talipon. Tapi ada masalah. Azahar pendek. Kepalanya tak sampai ke pintu gelas untuk mengintai. Maka Din Wabah datang membantu. Satu kaki Azahar berdiri di atas tangan Din Wahab dan satu lagi menekan ke dinding bilik. Sampai juga kepala Azahar ke pintu kaca untuk mengintai Minah Salleh telanjang .
Aku di luar memerhati. Aku risau kalau polis datang. Kami akan dituduh membawa kanak-kanak menonton ‘peep show’ melihat perempuan telanjang.
Empat kali aku masukan duit siling – jumlah empat pound pond. Ertinya Azahar sempat melihat Minah tu bogel menari nari selama 4 minit.
‘ Bulu... dia merah ke itam...’ Din Wahab bertanya,
‘ Perang....’ Azahar menjawab.
‘ Macam dalam gambar ke...’ Din Wahab bertanya.
Aku tak perlu memberi pandangan.
Sekarang aku dalam Desaru menjadi pelayan. Bilik kecil dimana Din Wahab mengangkat Azahar mengintai Minah Mat Saleh telanjang betul dihadapan tempat aku bekerja. Di sebelahnya ialah Compton - Gay Pub tempat purtan – perempuan jantan – membuat pertujunkan setiap malam.
Semuannya berlaku dengan tidak dirancang. Ini bkan karma. Ini perjalanan hidup. Bak kata sajak Usman Awang – dewasalah hati seorang lelaki. Lelaki ini bukan lagi berudu. Aku dah mula hidup liar di Soho.
EPILOK 1
Satu petang aku bawa Adam Adly, Hijrah dan Aiman Hakim ke Old Compton Street dan Soho. Aku tunjukan pada mereka tempat aku pernah menjadi pelayan.
Kemudian aku bawa mereka ke lorong kecil yang dulunya kelab Madam Jojo. Tertiba aku ternampak Hakim dan Hijrah diperangkap oleh Minah Salleh yang mengajak mereka masuk ke bilik kecil.
‘ Jangan masuk bilik tu....’ Aku meluang kuat dari jauh. Aku mahu Hakim dan Hijrah berundur dari Minah Saleh ini. Aku tahu apa yang akan berlaku dalam bilik basement itu. Ini Soho aku amat kenal baik daerah ini.
EPiLOK 2
Desaru sudah tutup. Kini sebuah Cafe. Pub Compton masih rancak. Bilik kecil – peep show - disebelah Compton telah menjadi kedai Fish and Chip.
Azahar pernah aku temui di Gombak. Ketika itu dia membantu Din Wahab dalam perniagaan jahit menjahit. (TT)
DISIARKAN
1 ulasan:
Tadi Tt ada sebut pasal duduk free dan jadi babysitter. Teringat lagi kisah tu, Tt kene jaga 2 orang budak anak kepada janda yg bekerja kat kasino. Janda ni kene kencing kat laki kaya yg ckap nk menikah dengannya. Cuma yg rase naktau lpas janda tu putus hubungan takde ke dia bg Tt try sebagsi balasan Tt jage anak dia hurmm..
Catat Ulasan