Sabtu, 9 Januari 2021

PKP BARU - SENIN INI

 


 SATU CADANGAN

AMIN

RENTAS DAERAH

DIBOLEHKAN

HANYA DENGAN

SURAT DOKTOR

TANDA NEGATIF 

AMIN



KKM cadang sekat rentas daerah, negeri, kata Dr Adham Baba


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memperketatkan pergerakan rentas daerah dan negeri kerana banyak pihak tidak mematuhi garis panduan atau SOP pencegahan penularan, kata menterinya Dr Adham Baba.

Selain majikan di sektor indusrti dan pembinaan yang tidak mematuhi SOP, pihak kementerian juga mendapati kebanyakan kes meningkat kerana aktiviti rentas daerah dan negeri, katanya.

“Kita tidak jangka kes mendadak begitu pantas. Kementerian dapati ada unsur ketidakpatuhan kepada SOP yang telah kita gariskan semasa pembukaan semula sektor ekonomi.

“KKM menasihatkan MKN supaya lebih berusaha untuk memperketatkan SOP dan menjalankan penguatkuasaan yang lebih ketat dan tersusun, di samping cadangan kita untuk dihadkan rentas daerah dan rentas negeri.

“Kes-kes kebelakangan ini terjadi kerana banyak rentas daerah dan rentas negeri,” katanya dalam satu sidang media di Johor Bahru.

Ditanya daerah atau negeri yang mungkin dikenakan sekatan pergerakan, Adham berkata pada asasnya langkah itu dikenakan ke atas daerah dan negeri yang padat penduduk dan mempunyai pergerakan yang tinggi.

Beliau menyebut negeri-negeri seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan, serta Johor, Pulau Pinang, dan Sabah.

Sejak 1 Januari lalu, semua majikan yang menggaji pekerja asing diwajib memastikan pekerja mereka menjalani ujian saringan Covid-19, yang kosnya ditanggung sendiri oleh majikan.

Sejak awal minggu ini juga Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam beberapa kenyataannya membayangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan usaha pencegahan lebih ketat bagi menangani penularan wabak.

Beliau juga membayangkan unjuran sehingga 5,000 kes sehari pada Februari dan 8,000 kes sehari seawal minggu ketiga Mac ini, jika keadaan tidak dikawal untuk melandaikan lengkuk jangkitan.

Semalam, Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas pada Isnin mengenai tindakan terbaru kerajaan untuk menangani keadaan semasa jangkitan pandemik.

Malaysia minggu ini kes jangkitan harian yang tertinggi mencecah lebih 3,000 kes dalam masa 24 jam sejak kes pertama Covid-19 dikesan di negara ini setahun yang lalu.

Penularan Covid-19 merebak dengan berleluasa selepas gelombang ketiga jangkitan pada hujung September 2020, dengan sekitar 11,000 kes ketika itu meningkat sehingga lebih 131,000 kes setakat semalam. – 9 Januari, 2021.

 KEBENARAN DARI

POLIS TIDAK

ADA MAKNA

AMIN



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul, betul...kebenaran polis tak bermakna.

Brader, lu tau tak, keputusan ujian tu pun tak bermakna sebenarnya...lu punya cangkul maklumat bagus tak? Lu tau tak, pakar pakar perubatan sudah hantar surat mintak Euro Health tarik balik ujian yang ada sekarang sebab ia bukan ujian yang tepat utk kovid. Ujian yg tepat utk kovid belum ada lagi. Ini bukan cakap kosong, memang ada surat rasmi dari pakar. Lagi satu mahkamah Portugal sudah larang keputusan ujian utk dijadikan sebqb tahanan kurantin...cuba cari, mungkin dapat kut.