Sabtu, 23 Januari 2021

UMNO - DAP KERJASAMA

 

SOKONG SOKONG

POLITIK BARU

WAJIB SOKONG

AMIN

UNTUK MASA

DEPAN NEGARA

AMIN

Kerjasama dengan Umno tidak mustahil dalam norma baharu politik, kata Adun DAP

KERJASAMA antara DAP dan Umno bukan perkara yang mustahil dalam “norma baharu” politik, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ng Suee Lim.

Adun Sekinchan itu memberitahu The Malaysian Insight, beliau menyokong cadangan supaya DAP bekerjasama dengan Umno di Perak ketika kemelut politik di negeri itu selepas Ahmad Faizal Azumu disingkirkan dari jawatan menteri besar melalui usul undi percaya.

Ng, yang juga naib pengerusi DAP Selangor, berkata walaupun cadangan yang dibawa oleh Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming itu mencetus banyak kritikan, namun ia tidak mustahil  berlaku jika ada titik persamaan dan persetujuan antara parti-parti lawan.

“Selagi mana ada titik persamaan, maka ia (kerjasama dengan Umno) diterima. Dalam Umno Perak, ada ahli politik yang baik dan tidak. Selangi semua orang berpusat ke satu matlamat dan memerintah dengan kata sepakat, maka DAP boleh bekerjasama dengan Umno.


“Kita (DAP) bukan hendak kejar kuasa, tetapi ini adalah norma baharu dalam politik,” Ng memberitahu The Malaysian Insight.

Sentimen itu timbul ketika berlaku pergolakan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan gerakan untuk menggulingkan presiden Bersatu itu.

Beberapa ahli Parlimen Umno baru-baru ini menarik sokongan terhadap Muhyiddin, menjadikan PN kini hanya mempunyai 109 daripada 222 sokongan ahli Dewan Rakyat, sekali gus hilang majoriti. Dua kerusi kosong berikutan kematian penyandangnya.

September tahun lalu, Ketua Pembangkang dan Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Manakala lebih daripada 20 usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin telah dikemukakan kepada speaker Dewan Rakyat oleh pembangkang dan ahli Parlimen Umno.

Namun, Muhyiddin mengagalkan gerakan untuk menjatuhkannya dengan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat untuk membendung pandemik Covid-19.

Pada 12 Januari lalu, Agong memperkenankan proklamasi darurat diisytihar sehingga 1 Ogos atau lebih awal, bergantung kepada situasi pandemik Covid-19.

Pengkritik melihat proklamasi darurat bermotifkan politik kerana kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 13 Januari sudah memadai untuk menangani pandemik.

Ng berkata Umno dan PAS adalah contoh norma baharu politik, apabila menandatangani perjanjian pada 2019 untuk menjalin kerjasama di bawah Muafakat Nasional selepas enam dekad berseteru.

“Jika dua parti ini boleh ketepikan permusuhan lama untuk bekerjasama, jadi mengapa tidak Pakatan Harapan juga jalinkan kerjasama dengan Umno?”

Selepas enam dekat berseteru Umno dan PAS menjalin kerjasama di bawah Muafakat Nasional.– Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Januari, 2021. 
Selepas enam dekat berseteru Umno dan PAS menjalin kerjasama di bawah Muafakat Nasional.– Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Januari, 2021.
Segalanya berkemungkinan

Menurut Ng, isu kerjasama dengan Umno mula hangat diperkatakan dalam kalangan penyokong DAP.

“Saya percaya untuk permulaan ia pasti sukar (untuk pengundi), kita perlu berikan mereka sedikit masa. Sekarang, apabila kita dengar maklum balas tentang idea itu, ia sedang dipertimbangkan… sedangkan tidak pernah terfikir pun sebelum ini.

“Sudah tentu, belum ada kerjasama lagi.

“Tetapi tidak salah kalau kita bayangkan. Kalau kita bayangkan (kerjasama) maka kemungkinan itu ada. Kita terbuka kepada segala kemungkinan.”

Pucuk pimpinan DAP sebelum ini menolak sebarang kerjasama dengan Umno yang ramai pemimpinnya terpalit rasuah. – 23 Januari, 2021.     

UNTUK STABIL

UNTUK KE DEPAN

UNTUK MENDIRIKAN

NEGARA BANGSA

LANGKAH INI

WAJIB DISOKONG

AMIN



3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Gwa benar2 mau ningok UMNO tido setilam dgn DAP ..lain macam lia punye lasa ala takok ooo kata wirawati DAP. Apa pulak komen Puteri UMNO, sedap tak dgn barang kulop.

Tanpa Nama berkata...

Mustahil! DAP kini wujud demi Anwar Ibrahim saja. Kalau DAP nak ubah, nak betul-betul khidmat rakyat dan negara, suruh Lim dan Lim bersara dulu.

Tanpa Nama berkata...

Apa makna titik pertengahan? Apa kalau lu angkat 1 billion kena hantam bayar balik setengah bilion...ikut logik gua pun boleh angkat 1 billion kalau kena sailang wah kasi balik setengah billion...itu nama nya fair game bukan?

Last rakyat angkat tin milo sikit susu rakyat kena slam 1 minggu kalau tak boleh bayar tambah lagi 1 bulan....itu macam kah jalan pertengahan geng politik?

Lagi satu....ada olang nak jadi PM jumpa jalan tengah kautim dengan panglima sulah jatuh-hukum 12 tahun kenyit mata dengan presiden parti besar melayu yang ada 87 kes....ini jalan tengah kegilaan apa kah?

Satu persoalan rakyat mahu tanya anytime siang atau malam petang atau pagi kalau rakyat tidak cukup makan ubat wang ketuk pintu parliament boleh dapat jalan tengah kah? Cibai mahu masuk parliament pun boleh kena tahan lah wei! Lagi ramai datang nanti itu lori merah FRU sudah tunggu...mana ada jalan tengah kasi sama rakyat huh?