Jumaat, 5 Februari 2021

BERKHALWAT HARI KE 325

 





KHALWAT KE 325


JUMAAT  5/2/2021
KITA MASUK KE HARI 325
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 24

SUASANA GAWAT
BERTERUSAN
PKP2 DITERUSKAN
PALAT LAGI PALAT

PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR CERAH
NAMPAK SINAR MATAHARI
MENYINAR 
DI  BAGUNAN  BERKEMBAR

UNGGAS DAN CENGKERIK
BERLAGU BERSIMPONI
TUK TUK TUK
BELATOK BERBUNYI

HA HA
KETIKA MENULIS
KENG KENG 
BERBUNYI TANPA HENTI
MURAI BERLAGU
DALAM  HUTAN DEPAN FLET

SESEKALI TERDENGAR
JANTAN BERKOKOK

ADUH !
BILA MURAI
BILA KENG KENG BELAGU
PALAT PKP MULA HILANG
AMIN

BRO
SENYUM
HIDUP INI HANYA SEKALI
KALAU KITA BETUL BETUL
HIDUP
SEKALI PUN DAH MEMADAI

JIKA GAGAL
ITU MAKNANYA
PERLU BERPUSING
BUKAN JALAN MATI

BRO
JANGAN LUPA
BUMI INI
UNTUK SEMUA
TERMASUK UNTUK CACING
BUKAN UNTUK
MANUSIA SAJA

FIKRAH KITA
AKAN BERKEMBANG
DENGAN PENCERAHAN

BERUBAH AGAK SUSAH
TENGAH JALAN SELALU KACAU
TAPI
AKHIRNYA INDAH

BRO
KEKECEWAAN KITA
AKAN TERUBAT DENGAN
KITA MEMBANTU ORANG
LAIN YANG KECEWA

BRO
CUBA LU LONCAT 
KEMUDIAN LU AKAN SEDAR
BAHAWA KEPAK LU
BELUM BERKEMBANG
BILA LU JATUH

BRO
BILA KITA TAK GENTAR
BARU KITA JADI KREATIF

BRO
MEMBERI
MEMBUKA JALAN
UNTUK MENERIMA

KEKAYAAN PERTAMA
IALAH KESEHATAN

MINDA KITA INI
MACAM PAYUNG TERJUN
BILA KITA BUKA
BARU DIA BERKEMBANG

MINDA YANG RESAH
JADI BANTAL GELISAH

YANG SEMPOI
ADALAH YANG SOPISTIKATED

BRO
KALAU TAK BANGUN BERJUANG
KALAU TAK BANGUN MELAWAN
MANA ADA KEMAJUAN
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT


Tiada ulasan: