Sabtu, 13 Februari 2021

BERKHALWAT HARI KE 333

 






KHALWAT KE 333


SABTU 13/2/2021

KITA MASUK KE HARI 333
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 32

GAWAT BERTERUSAN
KELIHATAN
KITA TERPERANGKAP
SAOLAH OLAH
TAK ADA JALAN KELUAR

JALAN KELUAR
PASTI ADA
YANG PERLU DILAKUKAN
IALAH MENGGUNAKAN
FIKRAH 
AMIN

PAGI INI HOKKIEN INDAH
LANGIT BIRU
KUALA LUMPUR CERAH
LANGIT BIRU

MATA HARI DAH KELUAR
TAHUN BARU  LEMBU
MEMBAWA CAHAYA

LE CHATEAU
DI LANGIT BIRU

TIDAK ADA DERAMAN KERETA
MAKA GUA DENGAR
KUAT SIMPONI CENGKERIK

PALING SIBUK
TIONG  YANG TERBANG
BERKAWAN KAWAN

DARI JAUH
GUA DENGAR
HOW WOW

PAGI YANG CERAH INI
MUNGKIN MEMBAWA HUJAN
SAPERTI
KELMARIN PETANG
 HUJAN LEBAT
MEMBAWA
UDARA LEMBUT 
SEGAR DAN NYAMAN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM LEBAR

BRO
KALAU LU FAHAM SEMUA
LU MESTI
DAPAT MAKLUMAT SALAH

KALAU TAK ADA HUJAN
MANA MUNGKIN
ADA PELANGI

BRO
LU SENDIRI
YANG MENJADIKAN
DIRI LU TERSEKAT

DISINI TAK ADA APA APA
INILAH PERMULAAN SEMUA

BRO
JANGAN BERI
ORANG  LAIN KUNCI
PADA KETENTERAMAN
JIWA LU

DENGAR
KALAU TIDAK
LIDAH AKAN BISU

BRO
JANGAN SILAP
KITA SENYAP BUKAN
KITA BEBAL
KITA BAIK HATI
BUKAN KITA LEMAH

KITA SEMUA INI
BERBAKAT
HANYA ADA  YANG
BELUM MEMBUKA 
BUNGKUSAN BAKAT ITU

BUMI KITA INI
MACAM ROKET
YANG TAK ADA MANUAL

HIDUP INI
MACAM BASIKAL
SEPULUH GEAR
TAPI TAK RAMAI
YANG GUNAKAN
AMIN

LAKUKAN HARI  INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT

1 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Kala terlelap dalam sunyi yang menyepi, cintaku berkhalwat bersama mimpi yang berahi di remang malam saat bulan bulat laut pasang.

"kapan kau kembali?"

depok, desember 2008