SIAPA SRI RAM
AMIN
KENAPA ROSMAH
DAN ISTERI
MAHU SRI RAM
DI KETEPIKAN
AMIN
APA KESAH
DIBELAKANG
CERITA
AMIN
KENAPA TAKUT
DENGAN SRI RAM
AMIN
ATAU INI
HANYA TRIK NAK LAMBATKAN KES
AMIN
HINGGA KERAJAN INI TUMBANG
AMIN
NAIB AKAN
BERKUASA KEMBALI
AMIN
Najib kemuka rayuan baharu gugurkan Sri Ram
BEKAS perdana menteri Najib Razak hari ini mengemukakan rayuan baharu untuk membatalkan kelayakan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa raya dalam perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB yang sedang berlangsung.
Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata, surat pelantikan pendakwa raya menunjukkan bahawa beliau akan menerajui siasatan dan pendakwaan kes berkenaan.
“Pelantikannya bukan hanya sebagai pendakwa raya tetapi sebagai penyiasat, yang mana tidak dibenarkan,” kata Shafee kepada wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Ini adalah percubaan keempat pasukan pembelaan untuk menggugurkan Sri Ram.
“Dalam buku kontroversi Tommy Thomas, secara jelas bahawa bekas peguam negara meminta timbalan pendakwa raya untuk terlibat dalam siasatan awal kes 1MDB.
“Oleh itu kami merasakan alasan yang kuat (untuk mengemukakan rayuan) dan kami memanggil sidang media ini untuk mengatakan bahawa kami akan meneruskannya,” kata Shafee.
Peguam itu berkata hujah berat sebelah dalam rayuan penolakan sebelum ini masih sah.
“Ia tidak dibantah. Sebenarnya ia telah disahkan oleh Sri Ram. Terdapat salah laku,” katanya.
Najib menegaskan bahawa Sri Ram bersikap berat sebelah kerana keterlibatan pihak terakhir dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam skandal 1MDB dan berat sebelah itu terbukti dalam perbualan meerusi WhatsApp antara pendakwa raya dan bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali.
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuan Najib untuk gugurkan Sri Ram dari perbicaraan.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan permohonan Najib terhadap Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, adalah tidak berasas dan silap.
“Pertimbangan berbeza akan diberikan jika ia dilakukan (pendapat Sri Ramai menyebabkan berat salah) ketika menjalankan tugasnya sebagai timbalan pendakwa raya.
“Namun seperti dibangkitkan oleh responden (pasukan pendakwa) ia (dakwaan berlaku berat sebelah dalam mesyuarat Sri Ram bersama bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali pada awal 2018) terjadi sebelum Sri Ram dilantik sebagai timbalan pendakwa raya.
“Pemohon (Najib) tidak membuat sebarang permohonan lebih awal untuk mengadu tentang perlakuan Sri Ram dalam perbicaraan itu (kes meminda laporan audit 1MDB) membabitkan pemohon,” kata hakim dipetik berkata seperti dilaporkan portal berita Malaysiakini.
Najib didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Arul Kanda Kandasamy, 43, bekas CEO 1MDB pula didakwa bersubahat dengan Najib meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.
Najib dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Februari, 2016 dan 26 Februari, 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – 16 Februari, 2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan