Sabtu, 6 Februari 2021

MAT SABU GUN ENG WAJIB MENULIS

 


 MAT SABU

GUAN ENG

WAJIB MENULIS

AMIN

TULIS APA JANJI

ANWAR

AMIN

BAGAIMANA

MEREKA 

KENA TIPU

AMIN


Namakan Anwar sebagai PM punca PH jatuh, kata Dr Mahathir

KEADAAN semasa tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Harapan (PH) mencalonkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri selepas kerajaan jatuh pada Februari tahun lalu, kata bekas pengerusi PH itu dalam catatan di blognya.

“Yang benar-benar menjatuhkan PH ialah pemilihan Anwar untuk jadi perdana menteri semasa membuat pengakuan kepada Agong.

“Jika PH menamakan saya, segala-gala yang berlaku sekarang tidak akan berlaku,” tulisnya di blog.

Dr Mahathir mengulangi bahawa beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada ahli Parlimen untuk menjadi perdana menteri selepas Bersatu, partinya ketika itu meninggalkan PH.

“Saya jatuh bersama dengan kejatuhan PH. Tidak munasabah saya terus jadi Perdana Menteri apabila PH tidak lagi jadi Kerajaan.

“Jika PH masih ada majoriti, ia tidak akan jatuh. PH boleh pilih ahli Dewan Rakyat lain untuk jadi perdana menteri,” katanya. 

Dr Mahathir menulis di blognya hari ini sehari selepas veteran DAP Lim Kit Siang menuduh beliau gagal mengakui dan menerima bahawa peletakan jawatannya sebagai perdana menteri adalah satu kesilapan besar.

Lim berkata Dr Mahathir masih mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen pada waktu itu dan menyatakan peletakan itu sebagai “kesilapan besar’ yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PH.

Sehari sebelumnya pada 3 Februari, Dr Mahathir menulis di blog bagi menjelaskan peletakan jawatanya sebagai jawapan balas terhadap dakwaan bekas Peguam Negara Tommy Thomas dalam buku yang baru diterbitkan.

Menurut Thomas, Agong ingin melantik bekas presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri interim.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata dakwaan dibuat Thomas itu sebagai mengarut.

Dr Mahathir menambah bahawa ahli Parlimen PH mencadangkan nama Anwar sebagai perdana menteri kepada Agong selepas kejatuhan PH dan bukannya dirinya sendiri.

“Tetapi Anwar hanya dapat 92 pencalonan dari PH sahaja. Sabah dan Sarawak tolak Anwar. Saya dapat 62 pencalonan kerana PH tolak saya.

“Jika PH calon saya seperti yang saya berhak dapat, saya akan dapat 154 undi. Saya sanggup kembali sebagai Perdana Menteri walaupun Bersatu tolak saya,” katanya.

Dr Mahathir kemudian menceritakan semula bagaimana selepas Agong masih tidak dapat menentukan perdana menteri baharu selepas bertemu dengan 222 ahli Parlimen secara individu, pemimpin PH kemudian mengumpulkan sokongan bertulis daripada 114 ahli Parlimen untuk menyokongnya sebagai perdana menteri.

“Tetapi sebelum dapat dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin sudah dipilih oleh Agong.

“Yang jelas ialah tidak mungkin Muhyiddin mempunyai majoriti kerana 114 dari wakil rakyat tidak bersama dengan beliau. Tetapi apabila dilantik sebagai Perdana Menteri beberapa penyokong kumpulan PH ditawar jadi Menteri, oleh Muhyiddin. Maka ia pun memperoleh majoriti,” katanya.

PH kehilangan kuasa persekutuan hampir setahun yang lalu selepas Muhyiddin mengeluarkan Bersatu dari gabungan yang memenangi pilihan raya pada 2018. Beberapa ahli Parlimen PKR juga keluar untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional dengan Bersatu, Umno dan PAS.

Sejak itu Dr Mahathir sering dikritik kerana menyebabkan keruntuhan PH selepas peletakan jawatannya yang menurutnya sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan. – 5 Februari, 2021.

 FAKTA BAGAIMANA

MAT SABU DITIPU

ANWAR BELUM

JELAS

AMIN

APA JANJI ANWAR

PADA GUAN ENG

BELUM BOCOR

AMIN

RAMAI YG DAH

KENAL ANSWAR

TAHU MONDUS

OERANDI ANWAR 

AMIN

PUTAR SANA

PUTAR SINI

AMIN

JANJI SANA 

JANJI SINI

AMIN

HINGGA PAKATAN

HARAPAN JATUH

AMIN



4 ulasan:

Zali berkata...

apa masalah dgn namakan Anwar?... ini telah termaktub dlm perjanjian semasa PH menang pru14

Mahathir tak perlulah nak pusing2, nak justify yg dia betul konon.. simple saja, Allah dah sebut manusia jenis apa yg bila berjanji dia khianati. Tolong jawab sikit, Mahathir!

Satu lagi kenapa semua ahli parlimen PH kena sokong kau? PH menang sebagai satu koalisi.. kau ingat kau hebat sangat ke. Org memerintah secara bersama, muafakat. Dah memang pakatan diketuai DSAI sejak 1998 lagi jadi memang dialah mereka sokong & namakan sebagai PM. Apa masalah??!!

Tanpa Nama berkata...

Anwar ada 92 kerusi, 30 lebih daripada Atok yang hanya dapat 62 kerusi. Kenapa Atok tak bagi 62 kerusi tu kepada Anwar? Patutnya, yang lebih banyak kerusi akan jadi pemimpin. TT sila beri pencerahan.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya aki lim masih percaya kencingan bam non...
DAP bila nak terjang LimLim pa & son co.

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Betul Titi. Mat Sabu dan Guan Eng wajib menulis apa janji Anwar. Mat Sabu dan Guan Eng juga sunat (bukan wajib) menulis apa janji Madey. Bagi lah kat Atok handicap sunat tp kat Anwar wajib sebab Atok dah 95 thn dan dah 2 kali jd PeeM. Wokay?