Isnin, 22 Februari 2021

TAK BELAJAR DAPAT IJAZAH

 


TAK BELAJAR

DAPAT IJAZAH

Unknown commented on

 "MENCURI TAK PERLU DIAJAR"


Benda alah nih ada dua sudut perkara kita kena tinjau : 1- Kena lihat kat mana kedudukan dan terikat nya seseorang itu. Di kumpulan askar dan polis ie. paramilitary dan langsung military...orang orang dibawah dipanggil non-commission officer dimana yang diatas malah tempat makan nya pun lebih gah seperti Officers' Mess maka Pegawai atau Officers lebih berkuasa mengeluar kan arahan dan MESTI di PATUHI! Ia ada lah system kasta dimana ditelan mati mak di muntah mati bapak...paham jer lah perbahasa melayu kan? Altantuya case ayone? 

2- Di sudut yang lain ia bersifat liberal dimana apa yang dah di jolok ke tembolok bergantung dengan penerimaan seseorang dan berbuat mengikut kata nafsu...ia tidak ada had ie. limit. Sudut 1 contoh nya pegawai yang lebih rendah diberi arahan hanya dengan berbekal maklumat (information) ie. wanita sorang nih adalah Agent Pengintip Rahsia luar negara maka perlu dihapuskan. Maka diangkat nya arahan sebagaimana didalam surat rasmi kerajaan...: "saya yang mengikut perintah"! Sudut 2 contoh seseorang diberi tempat hanya kerana datang dari keluarga yang berada dan berkuasa dihantar ke university tapi langsung tidak melalui keperitan untuk berjaya dan lulus di setiap peringkat ujian di menara gading tapi mengherankan boleh lepas dan lulus ditabal GRADUATE atau SISWAZAH waimah tahap pemikiran tahap rendah dan lemah!


 Anak anak raja (kapur), anak anak pak menteri dan pegawai tinggi (terpilih dan elit), anak anak bangsawan dan orang kaya (capitalist)...ramai yang berjaya dianugerahkan Ijazah tanpa perlu ada usaha atau kecerdikan...George Bush jer jadi contoh terbaik dimana 40 juta derma boleh mendapatkan tempat di HARVARD! Di Malaysia cer cari anak anak raja dan perdana menteri yang tak habis belajar tapi boleh dapat Ijazah? Lebih menyedihkan anak anak sang elit nih mendapat tempat tampuk kedudukan seperti di umur semuda 22 tahun langsung terus kementerian dan terus menjadi Perdana Menteri. 


Apa terjadi selepas dia berkuasa tanpa batas semua sudah tahu...malah dia dah dipasung-jatuh-hukum pun. Apa yang hendak diperkata kan ia lah akibat mendapat kuasa tanpa ada kebijaksanaan maka dia buat kedudukan dan kewangan negara semacam kepunyaan mak bapak dia sedangkan orang tua nya tidak mendidik sedemikian rupa! Ini bukan kupasan hanya berkongsi hujah supaya jangan dipersalahkan Orang Tua yang hanya kurang 5 tahun mencapai usia satu abad dimana kita yang lebih muda belum tentu dapat mengejarnya malah bakti dia menaik kan nama dan kedudukan negara ketahap di hormati dan disegani tapi dipunahkan dek perakus yang banyak bunyi UNTUK NEGARA, BANGSA, AGAMA dan TANAH AYER tapi sebalik nya dijarah di kleptokan sehingga tenat! 


So, siapa yang kita boleh pilih untuk tanding pencapaian OT95 selain hanya mencerca dan menghina dia sedangkan empunya diri tidak tersentuh hanya berharap negara kesayangan dia dibaik pulih!? (Contoh suka menghina konon Professor Dr Kamaru-tak-aman dimana menghentam di setiap peluang namun terkebil dan terkucil apabila bersemuka dengan tuan punya badan). Berpada pada lah menghina dan mengukur dimana baik nya diri sendiri berbanding orang yang yang kita hina!

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Ijazah tak perlu belajar ..ilmu dapat dari mimpi ..dan di ijazahkan oleh Tuan Guru. ..atau Guru Silat. Gwa belajar 5 tahun di ITM dapat Advanced Diploma je ..anak buah gwa belajar setahong di University atas rumah kedai dapat Ijazah ..jadi apa mau heran dgn ijazah. Anak Raja Kelantan pong ada PhD.

Tanpa Nama berkata...

Rozokee