Ahad, 21 Februari 2021

UNDI TAK PERCAYA

 


 

BILA DARURAT

TAMAT

APA AKAN

 BERLAKU?

AMIN

PARLIMEN AKAN

BERSIDANG?

AMIN

JIKA BERSIDANG

KU LI CADANG

UNDI TAK CAYA

KHALAS


Umno terbeban 

tanpa Bersatu, PAS, 

kata penganalisis

UMNO akan dibebani masalah integriti calon jika parti itu tidak bersama Bersatu dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis.

Menurut kumpulan pengkaji Pertubuhan Intelektual Negara (Pintar) masalah integriti calon parti merupakan isu yang dibangkitkan oleh majoriti responden dalam satu kajian yang dijalankannya.

Presiden Pintar Mohd Roslan Mohd Nor memberitahu The Malaysian Insight demikian bagi menjelaskan hasil kajian badan itu bersama dua lagi NGO yang diumumkan pada Khamis.

“Kalau mengikut kaji selidik kita, yang menjadi kebimbangan responden ialah calon tidak ada integriti.

“Kita ada kebimbangan Umno jika bertanding sendiri imej integriti akan menjadi beban kepada Umno,” katanya.

Kajian oleh Pintar, Ikatan Ilmuwan Nasional dan QgenAnaylst itu melibatkan 4,000 responden di negeri utara, pantai timur, pantai barat dan selatan semenanjung antara Jun hingga Disember lalu.

Kajian itu meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di kerusi bercampur.

Hasilnya, mereka dapat meramalkan parti teras Melayu akan kehilangan dominasi sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru di kerusi terbabit.

Ia juga meramalkan kuasa dua pertiga dapat dikembalikan di Dewan Rakyat jika Umno kekal bekerjasama dengan PAS dan Bersatu yang membolehkan penguasaan sehingga 162 kerusi.

Roslan menjelaskan, kaji selidik itu mengambil kira konflik di kalangan parti teras Melayu-Islam di pihak kerajaan iaitu di antara Umno dan Bersatu.

Umno yang kini bergeser dengan Bersatu menekan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melalui pengumuman penarikan sokongan dari kalangan ahli Parlimen parti itu.

Melihat kepada konflik yang masih berterusan, Pintar berpendapat tiada gabungan yang akan berjaya menguasai majoriti sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru melibatkan parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Roslan berkata mereka percaya perkara itu akan berlaku walaupun Pakatan Harapan (PH) di pihak lawan dilihat mempunyai kelebihan.

“Gabungan tiga penjuru ini menatijahkan tiada mana-mana gabungan yang akan membentuk majoriti mudah 112 kerusi,” katanya.

Beliau berkata, walau PN setuju bergabung dengan Barisan Nasional (BN) yang dikuasai Umno, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jumlah kerusi yang dikuasai mungkin menyusut.

Jelasnya, ini kerana responden hanya berhasrat memilih gabungan yang stabil semasa pengundian itu berlangsung.

“Ia bertentangan dengan kehendak rakyat di dalam kajian lapangan yang lebih meyakini satu gabungan yang stabil dan kukuh sebelum membuat pengundian dan bukannya selepas PRU15.”

Katanya, tiada gabungan yang akan menang dengan kerusi majoriti Melayu-Islam sahaja apabila berlaku pertandingan tiga penjuru.

Menurut Roslan, sekiranya perkara itu berlaku, hanya 104 kerusi majoriti Melayu-Islam sahaja akan dapat direbut parti terbabit.

Dalam erti kata lain, keputusan PRU14 mungkin berulang dengan PH menjadi gabungan terbesar dengan sekurang-kurangnya 41 kerusi majoriti Melayu, katanya.

Selepas Umno kalah PRU14, parti itu membentuk kerjasama dengan PAS pada 2019 untuk memenangi PRU15.

Ia menyertai gabungan PN untuk mengambil alih kerajaan, setahun lalu, bersama Bersatu dan Gabungan Parti Sarawak dan parti dalam BN.

Sejak itu Umno menggiatkan tekanan ke atas Muhyiddin dan Bersatu, antaranya kerana pertuduhan salah laku dan rasuah ke atas para pemimpin kanannya.

Umno yang menguasai jumlah kerusi paling besar dalam PN juga tidak berpuas hati kerana kes mahkamah itu menyebabkan ramai pemimpin kanannya tidak dilantik ke jawatan utama kerajaan.

Krisis antara dua parti itu berlarutan dengan keputusan Umno yang berkata akan menggunakan lambang BN pada PRU 15.

Dua ahli Parlimen Umno Ahmad Jazlan Yaakob (Machang), Nazri Aziz (Padang Rengas) sudahpun bertindak menarik diri daripada menyokong kerajaan PN.

Ahli Parlimen Gua Musang yang juga penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga menyokong agar undi tidak percaya ke atas Muhyiddin dilancarkan di Parlimen .

Umno juga mengumumkan 118 daripada 190 bahagian Umno yang bersidang pada awal Januari membuat ketetapan mahu Umno tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.

Krisis sokongan itu merupakan antara sebab Muhyiddin memohon beberapa kali agar darurat diistiharkan, yang antara lain membolehkan persidangan Parlimen digantung.

Darurat yang berkuatkuasa bermula 11 Januari hingga 1 Ogos diisytiharkan pada bulan lalu.

Muhyiddin memberi jaminan akan membubarkan Parlimen sebaik sahaja pandemik Covid-19 terkawal dalam negara, bagi membolehkan PRU15 diadakan.– 20 Februari, 2021.

 BILA DARURAT

TAMAT

TERUS UMUM

PRU15

KAH KAH KAH

ATAU

SAMBUNG LAGI

DARURAT

KERNA MAT KOBID

MENGGANAS LAGI

KAH KAH KAH

YANG MANA

SATU PILIHAN 

KALBU

KHALAS



2 ulasan:

Cekpit Kelima berkata...

Rakyat bakal membuat pilihan antara PN, BN dan PH. Walau apa pon yg berlaku hingga Ogos, gua yakin PH bakal dikuburkan. Bukan sahaja rakyat muak ditipu, namun kebodohan pemimpin PH sendiri. Di kala rakyat derita dek Covid,pemimpin PH seakan langsung tidak peduli isu2 yg dekat dengan rakyat, berbeza dgn BN walau secara teori mereka di dalam kerajaan. Apa yg aku perhatikan, PH hanya tahu membela warga asing. Pelik, kenapa warga asing? Rupanya mereka bertindak atas kepentingan kapitalis. Kapitalis semakin panas setelah semakin ramai warga asing ditangkap dihantar pulang, sumber hamba pekerja murah sedang diganggu. Kononnya suara hak asasi manusia, namun PH hanya bertindak atas arahan tuan2 tokey mereka. Entah apa yg tak kena, isu rakyat semakin hari dilupai. Adakah lantikan jadi menteri 2 thn membuatkan pemimpin PH masih dibuai mimpi? Mana Mat Sabu, mana Guan eng, mana pemimpin PKR?

Arymanchino berkata...

Beberok umngok ni mane ade integriti semua.Carilah smp celah kelangkang pun xkan jumpa..