Selasa, 9 Mac 2021

JANGAN CEMBURU PADA ORANG WARAK

 




SIASAT BUAT

APA 

KAH KAH KAH

INI SUK

SERAMBI MEKAH

KAH KAH KAH

MEREKA SUCI  

AMIN

LAGI ALIM 

LAGI WARAK

KAH KAH KAH

S


Polis siasat suspek dakwa ahli SUK Kelantan potong giliran vaksin

POLIS akan mengambil keterangan individu dipercayai menyebarkan dakwaan kakitangan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan yang cuba memotong giliran sebagai penerima awal suntikan vaksin Covid-19.

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat berkata pihaknya menghubungi suspek berkenaan yang berada di Putrajaya untuk menetapkan tarikh bagi merekodkan keterangannya itu.

“Dalam siasatan setakat ini, polis juga sudah mengambil keterangan daripada tujuh saksi,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2 hari ini.

Pada 3 Mac lepas, Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Mohamad Taufik Ramli membuat laporan polis berhubung perbuatan individu yang menyebar maklumat kononnya “200 ahli SUK Kelantan” cuba memotong giliran sebagai penerima vaksin Covid-19.

Sebelum ini, tular di media sosial antaranya Twitter yang memaparkan tangkap layar mesej mendakwa suntikan vaksin Covid-19 kepada doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal sebagai penerima terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada “200 ahli SUK”. – Bernama, 9 Mac, 2021.


 WOIT

JANGAN CEMBURU

BIARKAN

GEDEBE 

SUNTIK AWAL

KAH KAH KAH

KITA RAKYAT

BIASA TUNGGU

DAN LIHAT

KAH KAH KAH

KITA DUDUK

TEPI SUNGAI

JANGAN JADI

TIKUS MAKMAL

AMIN



Tiada ulasan: