Rabu, 10 Mac 2021

NAMA YANG LAIN MACAM MANA ?

 


ALLAH ADA

99 NAMA

AMIN

NAMA YANG LAIN

MACAM MANA?

KAH KAH KAH

Mahkamah benar 

guna kalimah 'Allah' 

dalam amalan Kristian

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur dalam keputusan pentingnya memutuskan seorang Bumiputera beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill dari Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah “Allah” ketika mempraktikkan agamanya.

Hakim Nor Bee Ariffin juga berkata arahan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang penggunaan perkataan bermaksud “Tuhan” dan juga perkataan lain, adalah menyalahi undang-undang dan tidak mengikut Perlembagaan.

Hakim ketika menyampaikan keputusannya hari ini berkata Ireland dilucutkan haknya untuk mempraktikkan agamanya.

“Saya tidak setuju dengan hujah kerajaan bahawa pengiktirafan yang ingin diperoleh adalah pramatang.

“Hak beliau dirampas dan tiada jaminan ia tidak akan berlaku lagi.

“Ini akan menghilangkan rasa takut dan ketidakpastiannya,” kata Nor Bee.

Dalam saman yang difailkan pada 2008, Ireland meminta pengiystiharan rasmi atas hak perlembagaannya untuk mengamalkan agama dan tiada diskriminasi di bawah Artikel 11 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau memfailkan samannya selepas lapan CD bahan pendidikan Kristian yang mengandungi kalimah “Allah” dirampas daripadanya di klia2 selepas kembali dari Indonesia.

Nor Bee hari ini berkata KDN “melampaui kekuasaannya” dengan arahan pada 1986 yang melarang kalimah “Allah” dengan alasan ia ancaman terhadap ketenteraman awam.

“Tiada kuasa mampu menyekat kebebasan beragama di bawah Artikel 11. Kebebasan beragama sepenuhnya dilindungi walaupun pada waktu mengancam ketenteraman awam.

“Tiada kuasa dapat merampas hak seseorang untuk mempraktikkan agamanya. Larangan itu tidak bertepatan dengan Artikel 11,” katanya.

Berhubung lapan CD milik Ireland, hakim menambah bahan itu memang bertujuan untuk pendidikan agama kerana tiada bukti yang bertentangan.

“Hak untuk menganut dan mempraktikkan agama seseorang mesti merangkumi bahan agama.” – 10 Mac, 2021.

MALIK HUSIN

RAHMAN KOYA

RAHIM ALI

LATIF BORGIBA

KHALID JAAFAR 

JALIL ISHAK

HILANG NAMA

ATAU TIDAK

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

 KAH KAH KAH

NI SEMUA NAMA

ALLAH

KHALAS



Tiada ulasan: