YB CHIN TONG
UDAH BOCOR
MAKLUMAT
TENTANG PAGOH
KAH KAH KAH
SEKARANG ABAH
CEPAT CEPAT
KATA PRU15
LEPAS KOBID
KAH KAH KAH
Muhyiddin ulangi janji, pilihan raya lepas pandemik terkawal
PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin mengulangi jaminan untuk mengadakan pilihan raya umum selepas jangkitan Covid-19 dalam negara terkawal sepenuhnya.
Katanya, beliau juga tidak bercadang untuk kekal di jawatan perdana menteri selama-lamanya dan Ordinan Darurat yang berkuatkuasa pada masa ini juga akan berakhir.
“Saya sedar dan saya faham maksud demokrasi. Justeru, tidak ada satu pun daripada ordinan ini yang bertujuan untuk membolehkan perdana menteri kekal berkuasa selama-lamanya.
“Malah, darurat yang sedang dilaksanakan ini juga mempunyai tempoh tamat pada 1 Ogos 2021. Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, darurat mempunyai tempoh tamat,” katanya.
Muhyiddin ketika menyampaikan perutusan buat kesekian kalinya itu berkata, beliau menjunjung perlembagaan dan prinsip demokrasi.
“Apabila masalah Covid-19 tdiatasi, saya akan menasihati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen supaya pilihan raya boleh diadakan dan rakyat bebas memilih kerajaan mana yang layak untuk memerintah.
“Buat masa ini, berilah ruang kepada kerajaan untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada usaha mengawal penularan wabak ini,” katanya.
Perutusan khas kali ini mengenai pencapaian kerajaan Perikatan Nasional selama setahun mengambil alih kerajaan dan menangani pandemik Covid-19.
Darurat itu juga tegasnya bukan darurat politik tetapi untuk mengawal pandemik.
Jelasnya, perakuan pandemik Covid-19 terkawal sepenuhnya akan dibuat oleh Jawatankuasa Khas Bebas yang akan meneliti sekiranya darurat boleh ditamatkan lebih awal.
“Buat masa ini, berilah ruang kepada kerajaan untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada usaha mengawal penularan wabak ini,” katanya.
Tiga ordinan dimasyhurkan sejak darurat berkuat kuasa—Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
Ia bertujuan membolehkan kerajaan menangani pandemik Covid-19 dengan lebih cekap dan berkesan, termasuk menambah baik pengurusan penginapan pekerja asing. – 1 Mac, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan