Khamis, 4 Mac 2021

UMNO BERSATU BERMUSUH BERLAWAN




 

 UMNO BERSATU

BERMUSUH

BERLAWAN

KHALAS



Keputusan MKT Umno ambil kira pandangan akar umbi, kata Ahmad Maslan

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) Umno sudah mengambil kira pandangan akar umbinya sebelum membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang, kata setiausaha agungnya Ahmad Maslan.

MKT Umno juga sudah menimbang baik buruk untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen bubar, katanya.

Ahmad membayangkan keputusan itu dibuat kerana tiada kejujuran dalam kerjasama antara dua parti itu, yang membentuk gabungan memerintah selepas percaturan politik yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan setahun yang lalu.

“Sejak dari awal, Umno sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa untuk memastikan perpaduan yang dibina di atas sebuah pakatan atau kerjasama politik yang bertahan lama dan efektif mestilah berteraskan kejujuran dan keikhlasan, demi menjaga kemaslahatan rakyat.

“Justeru, keputusan ini dicapai setelah mengambil kira pandangan akar umbi dan mempertimbangkan secara cermat, buruk baiknya keberadaan dalam kerajaan ketika rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Ahmad juga mengesahkan kandungan surat presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang tersebar semalam, yang memaklumkan keputusan MKT Umno hasil mesyuaratnya pada 19 Februari lalu.

Keputusan itu sebulat suara, katanya.

Dalam mesyuarat itu, MKT Umno memutuskan untuk tidak bersama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 tetapi akan kekal mendukung kerajaan PN pimpinan Muhyiddin sehingga pembubaran Parlimen.

Ahmad juga mengesahkan mesyuarat MKT Umno itu diadakan selepas Muhyiddin meminta Umno membuat pendirian mengenai kerjasama dengan Bersatu sebelum mereka meneruskan rundingan kerusi.

Muhyiddin menyampaikan permintaan itu dalam satu pertemuan khas pemimpin tertinggi Bersatu, PAS dan Umno pada 15 Februari, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight sebelum ini.

Awal hari ini, bekas setiausaha agung BN Annuar Musa menyifatkan keputusan Umno akan merugikan parti itu dalam PRU15.

Dalam pada itu, Setiausaha agung Bersatu Hamzah Zainuddin berkata Biro Politik Bersatu yang bermesyuarat semalam mengambil maklum keputusan Umno dan mengangkat perkara itu ke mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti petang ini.

Pendirian Bersatu yang akan diputuskan petang ini kemudian akan dibincangkan pula dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN bersama parti komponen lain iaitu PAS, Gerakan, Star, dan SAPP. – 4 Mac, 2021.

 MENARIK

MAKIN PANAS

KAH KAH KAH

APA JADI

DENGAN MENTERI

GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

NANTI PRU15

DAPAT WATIKAH

ATAU TIDAK?

KAH KAH KAH



1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

UMNO ambil berat pandangan AKAR UMBI ..Pukimak Lu ..kita orang Melayu dah 14 kali kono tipu ..14 kali kono patok ular ..kono patok kek tompek yang samo pulak tu ..