Isnin, 5 April 2021

307 DALIL MENGAPA NAJIB TAK PERLU MASUK PENJARA

 



DALIL 307

AMIN

NAJIB SUCI BERSIH

AMIN



Permohonan Najib tangguh prosiding rayuan kes SRC International ditolak


RAYUAN Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd diteruskan hari ini selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk menangguhkan pendengarannya.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Abdul Karim Abdul Jalil menolak permohonan Najib untuk menangguhkan pendengaran rayuan itu selepas peguam Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan bahawa mereka mempunyai bukti tambahan untuk dimasukkan dalam rayuan mereka termasuk keterangan berkaitan keluarga bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

“Kami sebulat suara dalam hal ini. Tiada alasan yang munasabah untuk menangguhkan pendengaran. Kami tidak membenarkan permohonan untuk penangguhan,” kata Hakim Abdul Karim, yang mengetuai pendengaran rayuan itu bersama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Terdahulu, Shafee berkata mereka memerlukan sekurang-kurangnya penangguhan selama sebulan untuk mendapatkan dokumen berkaitan dari New York dan Singapura.

“Dokumen itu dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan turut melibatkan dakwaan terhadap keluarga Zeti.

“Kami perlukan sekurang-kurangnya satu bulan untuk memasukkan bukti tambahan dalam penghujahan. Kami memohon untuk penangguhan pendengaran ini,” kata Shafee.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram membantah permohonan itu dengan berkata mereka (pemohon) seharusnya mengemukakan permohonan lebih awal sebelum pendengaran rayuan itu bermula.

“Tiada alasan yang sah untuk mereka meminta penangguhan. Kami berharap tiada lagi penangguhan dan memohon mahkamah untuk meneruskan kes,” katanya.

Najib telah mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuannya tentang mengapa beliau harus dibebaskan daripada pertuduhan terbabit.

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhi Najib hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, pecah amanah dan pengubahan wang haram, serta 12 tahun penjara dan denda RM210 juta atau lima tahun penjara bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan. 

Bagaimanapun beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun berikutan hakim memerintahkan kesemua hukuman tersebut berjalan serentak.

Najib, 67, pada masa ini bebas dengan ikat jamin RM2 juta berserta dua penjamin sementara menunggu kes rayuan ini selesai. – Bernama, 5 April, 2021.   


ANWAR ADA

50 DALIL
AMIN

ZAHID ADA

47 DALIL

AMIN

NAJIB PALING

SUCI BERSIH

AMIN

ADA

307 DALIL

MENGAPA 

NAJIB TAK WAJIB

MASUK PENJARA

KHALAS



Tiada ulasan: