Sabtu, 10 April 2021

BERKHALWAT HARI KE 389

 




KHALWAT KE 389

 SABTU 10/4/2021
KITA MASUK KE HARI 389
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 88

GAWAT 
GAWAT GAWAT
KOBID 

GAWAT  POLITIK
BERTERUSAN

APAKAH 
LEPAS BULAN OGOS
DARURAT AKAN
HABIS

LEPAS ITU
APAKAH AKAN 
ADA PRU15

?????

PAGI INI GUA
MASUK HOKKIEN
IKUT TREK BUKIT
AGAK RAMAI CUCU CICIT
DATANG ZIARAH KUBUR
BERBANDING KELMARIN
ADA 5  - 6 BUAH KERETA

ADA YANG MEMBAKAR KERTAS
ADA MEMBAKAR COLOK
DAN MEMBERI HADIAH
MAKAN UNTUK ROH

MEMBERI HADIAH
KUEH PAU
KUEH APAM
NASI AYAM
NASI ITIK
BUAH LIMAU
BUNGA BUNGA
TAPI BILA HUJAN SAMPAI
SEMUA LUNGAI
AMIN

DI LERENG BUKIT 
GUA DENGAR HOW WOW
SUARA KUAT

JUGA SUARA MURAI
PAGI PAGI 
MURAH DAH BELAGU
 GEMBIRA

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN
SENYUMAN GEMBIRA

BRO
SESUATU YANG
KITA SAYANGI 
TIDAK AKAN HILANG HILANG
JANGAN RISAU

BRO
GUA HARAP
LU SUDAH OK
WALAU PUN
MALAON YANG BERJAHAT
ITU BELUM MINTA MAAF

BELAJAR MELEPASKAN
APA SAHAJA
YANG NAK PERGI

BRO
JANGAN GUNAKAN
BERAT HATI
UNTUK MENIMBANG
CARA LU BERCINTA

BRO
LU JANGAN CUBA
MENANGI HATINYA
DENGAN MEMBERI DIA
PEKARA YANG DIA
TAK PANDAI MENIKMATI

KADANG KADANG
KITA HANYA MENYAPA  HELOO
DAN HELOO INI
BOLEH MENGUBAH HIDUP

BRO
JANGAN TUNGGU
ORANG LAIN
UNTUK BERI MAKNA
HIDUP KITA

KESILAPAN DULU
HANYA PELAJARN
BUKAN HUKUMAN
SEPANJANG HIDUP

SEMUA YANG TERJADI INI
MEMBANTU KITA
UNTUK TERUS BERKEMBANG

BRO
CINTAI LAH SOSOK
YANG BERI HARAPAN
BUKAN
YANG MUSNAHKAN HARAPAN
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT 


Tiada ulasan: