TAHNIAH
SERPICO
AKHIRNYA BERJAYA
AMIN
LANGKAH
HAMID BADOR
UNTUK MENYELAMAT
NEGARA
AMIN
Pertukaran pegawai polis diteruskan
PERTUKARAN pegawai kanan polis akhirnya diteruskan selepas ditangguhkan sebelum ini berikutan perselisihan faham antara Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.
The Malaysian Insight difahamkan hari ini merupakan hari terakhir ketua polis daerah Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal memegang jawatan itu.
Nik Ezanee akan mengambil alih ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat.
Nik Ezanee juga akan dinaikkan pangat kepada senior asisten komisioner (SAC), manakala Fadzil ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti sebagai ketua penolong pengarah Pendataan/Analisa.
Tidak seperti amalan biasa, setakat ini tiada jemputan media untuk melaporkan majlis perpisahan dan serah tugas.
Media juga tiddak dijemput untuk membuat liputan majlis melibatkan ketua polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin yang ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti sebagai timbalan pengarah.
Saiful Azly akan menggantikan timbalan pengarah Jabatan Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Azmi Abu Kassim yang akan dilantik sebagai ketua polis Kuala Lumpur baharu dengan pangkat pemangku pesuruhjaya polis.
Majlis pertukaran itu akan diadakan secara tertutup pada Selasa.
Pemeriksaan pada Facebook polis Kuala Lumpur juga mendapati tiada sebarang pengumuman berhubung pertukaran itu.
Pertukaran lain melibatkan timbalan ketua polis Selangor Arjunaidi Mohamed yang dinaikkan pangkat kepada ketua polis Selangor dengan pangkat pemangu pesuruhjaya polis.
Seramai 71 pegawai kanan plolis terlibat dalam kenaikan pangkat dan pertukaran terbaharu yang sepatutnya berlangsung pada 12 April.
Sumber baru-baru ini memberitahu The Malaysian Insight terdapat beberapa pihak dalam pasukan polis yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hamid berhubung pertukaran ini.
Pertukaran ini dipersoalkan kerana KPN akan bersara bulan depan.
“Mereka tidak puas hati kerana KPN makin hampir untuk bersara. jadi tiada keperluan untuk membuat pertukaran ini.
“Ada segelintir dalam pasukan yang tidak gembira,” kata sumber.
Hamzah pada Isnin berkata beliau tidak campur tangan dalam proses pertukaran pegawai kanan polis baru-baru ini kerana ia diarahkan oleh KPN.
Namun sebagai pengerusi suruhanjaya polis, beliau berkata kedudukannya adalah lebih tinggi kerana beliau membuat keputusan majoriti dengan suruhanjaya, manakala keputusan KPN adalah individu.
Dakwaan campur tangan Hamzah itu didedahkan selepas Hamid memuat naik di Facebook beliau akan mengadakan pertemuan dengan menteri dalam negeri berhubung penangguhan pertukaran.
KPN berkata beliau sedang bercuti ketika mendapat di saat akhir arahan penangguhan pertukaran.
Hamid juga berkata perkara mengenai pertukaran pegawai kanan polis adalah tanggungjawabnya sebagai KPN.
Pertukaran itu susulan pendedahan Hamid bahawa wujud pegawai polis dalam pasukan, yang digelar “kartel”, cuba menjatuhkannya susulan tindakannya membanteras rasuah dalam pasukan itu.
Bekas pegawai kanan polis yang lain juga memberitahu The Malaysian Insight bahawa sebilangan besar pegawai kanan dalam pasukan telah mewujudkan puak dan perebutan kuasa.
Walaupun ada desakan agar Hamid membuat laporan rasmi dan dakwaan mengenai kartel terhadapnya disiasat, KPN berkata situasi kini dalam keadaan terkawal.
Semalam Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu sidang media 12 pegawai akan dipecat akhir bulan ini kerana terlibat dengan penyalahhunaan dadah, aktiviti jenayah, pemerasan dan rasuah.
“Saya tidak bangga menyatakan kontinjen Johor mempunyai kadar pemecatan tertinggi di negara ini. Tahun lalu 46. Tahun ini saja akan ada 20 tak lama lagi. Ini menunjukkan kita tidak akan berkompromi. Kita akan ambil tindakan,” Ayob dipetik sebagai berkata oleh media di Johor. – 15 April, 2021.
2 ulasan:
Dulu sudara gwa pon kono tukar balai dari Gemas ke Tangkak ..satu balai kono tukar ..sebab di Gemas satu balai kono dakwa lahap duwit kopi ..alhamdulilah sudara gwa cakap di Tangkak "the grass is greener" ..kahkahkah
Lawan Hamzah,obvious sgt ada mutual understanding dgn kartel.
Catat Ulasan