PEMIMPIN CONTOH
AMIN
DIRASUAH DENGAN
GAJI GLC
PUN DI TOLAK
AMIN
TABIK UNTUK DEMO
KHALAS
Ketua Penerangan
Umno Kelantan
letak jawatan selepas
perhimpunan
agung parti
KETUA Penerangan Umno Kelantan, Zawawi Othman telah melepaskan jawatan korporatnya yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) selepas Umno dalam perhimpunan agung hujung minggu lalu memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang.
Ketua Bahagian Pasir Putih mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd dalam Majlis Penerangan Isu Semasa di Pasir Puteh, Kelantan pada malam rabu.
“Saya berharap anggota parti yang masih lagi memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau kepentingan supaya segera berbuat demikian,” katanya dipetik dalam laporan Sinar Harian.
Zawawi berkata beliau akan menghantar surat peletakan jawatannya dalam beberapa hari akan datang. Beliau dilantik ke jawatan itu pada Oktober tahun lalu.
Hujung minggu lalu Umno memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang dan parti itu juga memberi lampu hijau kepada kepimpinannya untuk keluar dari kerajaan Perikatan Nasional setelah darurat tamat. – 1 April, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan