SAH
PEMIMPIN ISLAM
NAJIB
DIZALIMI
AMIN
NAJIB TELAH
BERKORBAN
AMIN
DUIT HADIAH
TOK ARAB
NAJIB BERI
PADA RAKYAT
AMIN
NAJIB GUNA DUIT
HANTAR RAMAI
MAKCIK PAK CIK
KE MEKAH UNTUK
HANTUK KEPALA
PADA BATU HITAM
AMIN
Kerajaan tidak adil terhadap saya, kata Najib
NAJIB Razak kecewa dengan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memberinya notis kebankrapan dengan menyebutnya sebagai tidak adil.
Dalam satu catatan di Facebook, bekas perdana menteri itu mempersoalkan kenapa bekas kerajaan Pakatan Harapan mengenakan penalti cukai tambahan sebanyak RM1.74 bilion terhadapnya dan kenapa tindakan itu diteruskan di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata dalam jawapan rasmi oleh Menteri Kewangan PN pada Julai lalu, sumbangan politik, parti politik dan pendapatan dari sumber luar negara dikecualikan cukai.
“Jadi, kenapa pula saya dikenakan penalti cukai tambahan RM1.74 bilion oleh kerajaan PH dahulu dan kenapa tindakan ini diteruskan di bawah kerajaan PN?,” soalnya.
LHDN mengemukakan notis kebankrapan terhadap Najib kerana gagal membayar tunggakan cukai tambahan sebanyak RM1.69 bilion untuk tahun 2011 sehingga 2017 serta 5% untuk setiap tahun berjumlah RM45.9 juta dari tarikh perintah penghakiman ringkasan dan kos.
Najib sebelum ini menggunakan platform media sosial untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya berkenaan notis itu.
Ahli Parlimen Pekan itu kemudian berkata bahawa keputusan LHDN tidak boleh dicabar di mahkamah.
“Kerajaan mahu bankrapkan saya dengan undang-undang LHDN yang tidak boleh dicabar dalam mahkamah. Tidak pula dijadualkan dan diberi peluang merayu kesahihan cukai tambahan RM1.74 bilion ini kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan di bawah LHDN,” katanya.
Kerajaan juga berusaha untuk merampas aset bernilai lebih RM10 juta daripada Najib dan keluarganya yang terdiri daripada 263 beg tangan dan 40 jam tangan yang dirampas pada Mei 2018.
“Jika ianya dikira sebagai sumbangan politik, ianya tak boleh dicukai. Jika ianya diambil kira pula sebagai pendapatan peribadi dari luar negara, ianya telah dikecualikan cukai sejak tahun 2004.
“Jika ianya hasil rompakan, adakah hasil rompakan juga dikenakan cukai? Kenapa pula dakwa saya bahawa ianya hasil rompakan?” soalnya.
Najib juga mempersoalkan bagaimana beliau mahu mengupah peguamnya sekiranya bankrap. – 12 April, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan