Rabu, 5 Mei 2021

BERITA BARU SAMPAI

 

Tiada bazar Ramadan

 di kawasan PKP Selangor 

mulai Sabtu, kata MB


ALAAMAK

KL PULAK

KHALAS



PKP di KL bermula 7 Mei, kata menteri

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa di Kuala Lumpur mulai 7 Mei selama dua minggu berikutan peningkatan kes dan kluster jangkitan Covid-19, kata Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, keputusan itu dibuat atas cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesan peningkatan kes harian dan 17 kluster baharu di Kuala Lumpur antara 1 hingga 27 April

“Setelah meneliti pembentangan serta cadangan daripada KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di seluruh Kuala Lumpur bermula 7 Mei sehingga 20 Mei 2021,” katanya.

Menteri kanan keselamatan itu berkata, kawalan berkenaan meliputi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sama seperti diumumkan sebelumnya termasuk larangan rentas negeri.

Pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan untuk kes kecemasan dan tujuan bekerja, katanya.

Namun bazar Ramadan masih dibenarkan beroperasi di kawasan Kuala Lumpur dengan penguatkuasaan PKP, katanya.

“Walau bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan atau menutup operasi bazar tertakluk bawah kuasa kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Katanya lagi premis makanan termasuk restoran, kenderaan saji, penjaja dan kiosk dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

Pelanggan pula tidak dibenarkan makan di kedai dan makanan wajib dibungkus untuk dibawa pulang sahaja.

Selain itu, kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi juga dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam.

Stesen minyak pula dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam dan stesen di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam, katanya.

Hospital, klinik dan makmal perubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa manakala pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar minggu dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 2 petang.

Kuala Lumpur merekodkan 313 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu. – 5 Mei, 2021.


PATUTLAH

RAKYAT MARAH

AMIN

SORONG TARIK

SORONG TOLAK

AMIN

INILAH AKIBAT

KALAU RAKYAT

TAK YAKIN

AMIN

SEMUA ARAHAN

RAKYAT

TAK AMBIL POT

KHALAS



Tiada ulasan: