Sabtu, 22 Mei 2021

BETUL ADA KEBENARAN - KENAPA TAK GUNA C.U.S - GOTONG ROYONG





C.U.S 

 ADA KEBENARAN

AMIN

AWAL LAGI  

TELAH SILAP

 TIDAK GUNA

FIKRAH BIJAK

AMIN

PATUT TIDAK 

GUNA PERKATAAN

 S.O.P

INI INGGERIS

MAK CIK  FELDA

TAK FAHAM ERTINYA

AMIN

SEBUT PERKATAAN 

PUN TAK DAPAT

KAH KAH KAH

KENAPA TAK

PAKAI

C.U.S

CARA UNTUK SELAMAT

INI LEBIH DIFAHAMI

AMIN



Teladan tidak baik, faktor langgar SOP

KUALA LUMPUR – Teladan tidak baik daripada golongan pemimpin membabitkan menteri, ahli politik dan tokoh masyarakat seperti selebriti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) antara faktor masyarakat di negara ini semakin malas patuh pada arahan.

Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus  Dr Teo Kok Seong berkata, kelesuan masyarakat melawan pandemik Covid-19 lebih setahun juga menyumbang peningkatan jangkitan wabak ini hingga tercetusnya sikap sambil lewa dalam pematuhan SOP.

“Sementara masyarakat cuba sedaya upaya mematuhi SOP, seperti tidak pulang beraya di kampung, sesetengah pemimpin memuat turun gambar anak mereka pulang berhari raya, dari seberang laut pula, dan dari negara yang mempunyai varian virus yang amat berbahaya.

“Ini tidak dapat dinafikan menyebabkan masyarakat bukan sahaja berasa semacam ‘tertipu’, mereka juga marah sehingga mengambil keputusan untuk tidak mematuhi SOP secara ketat lagi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang susulan situasi semasa penularan kes baharu Covid-19 yang  semakin membimbangkan hingga mencatatkan jumlah kes hampir 7,000 kes dengan kadar kematian secara purata 40 kes setiap hari.


Jika sebelum ini, rakyat Malaysia terkenal dengan sikap dan budaya kolektivisme, iaitu amalan yang mengutamakan kepetinggan masyarakat, namun ia dilihat semakin terhakis ketika ini.

Dr Kok Seong berpandangan, ia disebabkan pengaruh dari budaya barat sehingga wujudnya sikap individualisme (mementingkan diri sendiri) yang mengakibatkan sesetengah masyarakat tidak mengendahkan SOP.

“Dalam hal ini, dua budaya itu bertentangan antara satu sama lain, kerana kolektivisme menekankan kerjasama untuk kebaikan masyarakat seluruhnya manakala individualisme menganjurkan persaingan untuk memastikan kehendak kendiri tercapai.

“Secara tidak langsung, ia akan mewujudkan ketidakharmonian sosial dalam masyarakat. Bagi saya, kita yang sesat di tengah jalan dengan individualisme dari barat, hendaklah balik ke pangkal jalan, untuk kembali mendukung kolektivisme yang sesungguhnya adalah cara hidup kita di timur,” katanya.

Tambah beliau, memandangkan situasi ketika ini semakin meruncing dan keadaan ekonomi tidak menentu, masyarakat serta golongan pemimpin tidak harus menunding jari hanya pada satu pihak sahaja.

Sebaliknya, mereka perlu melihat kembali kesalahan pada diri sendiri dalam etika pematuhan SOP yang ditetapkan kerjaaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 secara bersama.

“Untuk kita betul-betul ingin perangi penularan Covid-19 ini, sikap dan tingkah laku kita yang mementingkan diri itu adalah faktor terpenting dalam hal ini. Jika tidak ubah, ia akan terus berlarurtan hingga banyak nyawa terkorban akibat wabak ini,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

 INI HASIL DARI

BUDAYA MALAS

BERFIKIR

AMIN

KLIM  BERJUANG

UNTUK

KETUANAN 

MELAYU 

KAH KAH KAH

NAMA PARTI

 MASIH PAKAI

UNITED MALAYS

NATIONAL

ORGANISATION

KAH KAH KAH

INILAH HASILNYA

KHALAS

BUKAN

KOLEK

TISMA

GUNA

GOTONG

ROYONG

Tiada ulasan: