Rabu, 12 Mei 2021

SELAMAT HARI MANTAI

 


PETANG MANTAI


HARI INI 
HARI MANTAI
MANTAI INI CIRI ISLAM BUDAYA
YANG MASIH DIAMALKAN
DI NEGRI SEMBILAN

HARI MANTAI
HARI MENYEMBELIH 
LEMBU ATAU KERBAU
BERKONGSI KONGSI
PUKUL HARGA SAEKOR LEMBU
DAN 
GOTONG ROYONG
MALAPAH BERSAMA-SAMA
DAGING SAMA DI KONGSI
SEMUA DAPAT SAMA RATA
TUKANG SEMBELIH
DAPAT KEPALA
KAH KAH KAH

TAPI GUA BELI
DAGING
AWAL DI PASAR
CHOW KIT
KERANA TAK BALIK KAMPUNG
RUMAH KAMPUNG TUTUP
TAK ADA SAPA
DI KAMPUNG
SEMUA TERSANGKUT

PETANG NI UJAN
LA  LA
DALAM PUKUL  EMPAT ++
LEBAT GILA
GUA TERPERANGKAP
GUA LARI DARI HOKKIEN
DUDUK BAWAH BANGUNAN
TEMPAT LETAK KERETA
TAK TAK EZI
MAIN AIR UJAN

MASA GUA KANAK KANAK
KALAU PETANG MANTAI UJAN
GUA RASA CEMAS
INI KERANA BILA UJAN
DI JELEBU
MAKA AKAN UJAN DI TELOK KEMANG
MAKA
TAK NAMPAK ANAK BULAN
MASA TU
RAYA KE TAK RAYA KE
SEMUA MENUNGGU 
PEMEGANG MOHOR
BOTOL BESAR
OPS... MAAAF
PEMEGANG MOHOR
NAMPAK ATAU TAK NAMPAK
ANAK BULAN
DI TELOK KEMANG
AMIN

SEKARANG RAYA
TAK DA MISTERI LAGI
DAH TAU BILA POSA
BILO RAYO

TAK PAYAH NENGOK
ANAK BULAN

MAJIK DAH ILANG
MAJIK UNTUK  BAGI
KANAK KANAK SASPEN
SASPEN GILA
PETANG MANTAI
KAH KAH KAH

TADI GUA
DAPAT KAD RAYA
DAH LAMA BUDAYA NI
TAK DA

KAD INI DARI INTAN
DAN ANAKNYA
SARAH CINTA
KAD INI GUA SIMPAN
NANTI
BOLEH DI LELONG
KAH KAH KAH

ESOK KITO RAYO
GUA ADA KUIH BAHULU
TAPAI
NASI IMPIT
KUAH KACANG
RENDANG DAGING HATI LIMPA
DAN
AYAM
CUKUP UNTUK BERHARI RAYA
AMIN

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT HARI RAYA


Tiada ulasan: