Ahad, 27 Jun 2021

AGONG PANGGIL HARI SELASA

 


 HARI SELASA

KAH KAH KAH

ADA APA

AGONG NAK JUMPA

AMIN




Azhar, Rais Yatim dipanggil menghadap Agong, kata sumber

YANG di-Pertua Dewan Rakyat dan presiden Dewan Negara dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa depan, kata sumber.

“Pertemuan dipercayai bagi membincangkan isu-isu berkaitan Parlimen termasuk cadangan sidang secara hibrid yang dijangka pada akhir Ogos atau awal September,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat ialah Azhar Azizan Harun, manakala Rais Yatim yang di-Pertua Dewan Negara.

Selain Azhar dan Rais, timbalan masing-masing iaitu Azalina Othman dan Mohamad Ali Mohamad juga dijangka dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, tambah sumber.

Surat rasmi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong dikeluarkan semalam, selepas Azhar dan Rais mengeluarkan kenyataan bersama, yang menyebut sidang Parlimen  dijangka dapat bersidang semula secara hibrid pada akhir Ogos atau awal September.

Kenyataan bersama Rais dan Azizan menyebut mereka memerlukan masa untuk membuat persediaan termasuk aspek perundangan dan pentadbiran dan teknikal.

Kenyataan bersama Rais dan Azizan juga menyebut satu Jawatankuasa Khas Pemandu Persidangan Parlimen Secara Hibrid ditubuhkan, yang dipengerusikan bersama oleh Yang di-Pertua kedua-dua Dewan.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh timbalan-timbalan Yang di-Pertua dan setiausaha kedua-dua Dewan serta pihak urus setia Parlimen Malaysia di bawah pimpinan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, menurut kenyataan itu. – 26 Jun, 2021.

 YA AMPOON

AMIN

BUKAN SAJE

AGONG NAK

TAHU

BILA PARLIEMN

BERSIDANG

KHALAS

ORANG RAMAI

PUN NAK TAHU

KAH KAH KAH

RAKYAT NAK

TAHU BILA

ANWAR AKAN

ANGKAT SUMPAH

AMIN



Tiada ulasan: