Isnin, 21 Jun 2021

AMARAN UNTUK MUHYIDIN

 

 INI AMARAN

AMIN

INI TEKANAN

AMIN



Umno mahu Parlimen dipanggil dalam masa 14 hari, kata Zahid

UMNO mahu sidang Parlimen dipanggil sebelum 4 Julai ini demi menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, kerajaan tidak perlu berdolak-dalik dengan istilah “secepat mungkin” dan “segera” dalam dua kenyataan media yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, selepas perbincangan khas di Istana Negara minggu lalu.

Dua kenyataan itu menzahirkan kesepakatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah mahukan Parlimen bersidang semula, tambahnya.

“Umno berpendirian tegas untuk mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan ini.

“Kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah,” kata Zahid dalam satu kenyataan hari ini.

Zahid juga mengingatkan Umno sebuah parti yang diasaskan untuk memelihara dan membela institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Fasal 3 perlembagaan parti.

Kenyataan hari ini dikeluarkan selepas mesyuarat Biro Politik Umno malam tadi.

Jelas Zahid, Majlis Kerja Tertinggi Umno akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk memuktamadkan tindakan selanjutnya.

Mengikut Perlembagaan Umno, Biro Politik bukanlah badan penentu dasar parti sebaliknya kuasa itu terletak pada Majlis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agung Umno.

Zahid juga menjelaskan membuka semula Parlimen adalah antara isu yang beliau persembahkan kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa mengadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pada 11 Jun lalu.

“Umno berpendirian Parlimen amat mustahak untuk diadakan bagi segera membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat yang sedang kesempitan dalam menghadapi pandemik Covid-19 di samping memastikan wujud akauntabiliti dalam urusan pentadbiran kerajaan,” katanya.

Dalam reaksi awal kepada titah nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata Parlimen sememangnya sudah hampir hendak bersidang semula, tinggal lebih kurang tidak sampai tiga bulan lagi.

Katanya, titah Yang di-Pertuan Agong tidak menyebut tarikh atau tempoh tertentu bila Parlimen harus dibuka semula, sementara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada masa sama sudah membayangkan Parlimen bersidang pada September.

Beberapa pihak membidas kenyataan Takiyuddin yang disifatkan menderhaka titah raja. Polis juga membuka siasatan terhadap Setiausaha Agong PAS itu selepas beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.

Semalam, Muhyiddin berkata sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum Parlimen bersidang.

“Saya minta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang untuk nilai perkara berkenaan, dan selepas itu barulah mereka maklumkan kepada saya sama ada sudah bersedia atau tidak untuk memulakan sidang Parlimen.

“Sama ada persidangan akan dibuat secara hibrid atau fizikal, ini akan dirujuk kepada peraturan tetap yang ada sekarang,” katanya, seperti dipetik Bernama semalam. – 21 Jun, 2021. 

 ADAKAH 

MUHYIDIN

BERNAFAS 

DALAM LUMPUR

AMIN

ATAU

 ZAHID

BERNAFAS

DALAM LUMPUR

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: