KHALWAT 450
AHAD 20/6/2021
KITA MASUK KE HARI 460
BERKHALWAT
KITA MASUK KE HARI 460
BERKHALWAT
DARURAT
HARI KE 160
PKP 4.0
GAWAT GAWAT
BERDURI
BERGAM
EMPAT HARI
SATELAH KEKANDA ADINDA
BERJUMPA
BELUM ADA YANG JELAS
BELUM ADA YANG TUNTAS
PAGI INI HOKKIEN CERAH
BUMI LEMBAB
HA HA
GUA TERDEGAR BUNYI CENGKERIK
TAPI BELUM
JADI SIMPONI
KUALA LUMPUR BERKABUS
KL SENTRAL SAMA
MATA HARI DAH KELUAR
SATENGAH DI LINDUNGI AWAN
AWAM CANTIK
BIRU MENAWAN
PANAS YANG MENJANJIKAN
DI POKOK MENGKUDU
GUA NAMPAK
TEMPUA MASIH BEKERJA
PETANG KELMARIN
GUA SAHKAN
ADA 3 BANGLO
SEDANG DI DIRIKAN
SEOARANG ABANG BARU
MEMBAWA JEBAK DAN TERKUKUR
DUDUK DI WAKAF
DIA KESAORANGAN
BUKAN DARI TIM PANTAI DALAM
TIONG
SAPERTI BIASA
BUAT BISING
DAN TERKUKUR
MENDAYU DAYU
AMIN
BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN
BRO
BILA SOSOK YANG SALAH
MENIGGALKAN LU
LIHAT
PEKARA BAIK AKAN DATANG
BRO
JANGAN MIMPI
JANGAN BERHARAP
JANGAN HIDUP
UNTUK ORANG LAIN
HIDUP UNTUK DIRI LU SENDIRI
BRO
SEMUA ORANG YANG KITA TEMUI
SEDNAG BERTARUNG
JADI BERBAIK BAIK LAH
BRO
EGO KITA
MAHU MENGUMPUL BANYAK
JIWA KITA
MAHU KUALITI INDAH
GEMBIRALAH HENDAKNYA
SOSOK
YANG HIDUP
DARI HARI KE HARI
TIDAK BANYAK KOMPLIN
TIDAK BANYAK SONGEL
DAN
BERSYUKUR DENGAN
APA YANG ADA
BRO
BERHUJAH DENGAN MAMAT BEBAL
MACAM KITA MENAMPAR
NYAMUK DI PIPI
KITA TAMPAR
ENTAH KENA ENTAH TIDAK
TAPI
YANG SAHEH
KITA MENAMPAR
MUKA SENDIRI
BRO
BERBUDI
BERBAHASA
BERSOPAN
LU AKAN JADI
MANUSIA CANTIK
DALAM DUNIA INI
TAK KIRA APA BENTUK MUKA LU
BRO
KITA BELAJAR BERSYUKUR
DENGANYA
KITA TAK AKAN MERASA
KECHEWA
BRO
TITIK AIR JATUH KE TASIK
TAK DILIHAT APA APA
TITIK AIR JATUH KE DAUN
MEMANCAR SINARAN
CARI TEMPAT
UNTUK BERSINAR
BRO
KEMANA KITA PERGI
BUKAN DIPANDU
OLEH JENIS KASUT
YANG KITA PAKAI
TAPI
KEMANA ARAH TAPAK
YANG KITA JEJAK
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan