BOLA DI KAKI
MUHYIDIN
Yang DiPertuan Agong telah berjumpa dan mendengar pandangan dari semua pemimpin parti politik – kecil dan besar. Pandangan ini telah dibawa oleh Agong ke perjumpaan Adinda Kakanda Raja-Raja Melayu pada Rabu 16/6/2021.
Apa yang dilakukan oleh Agong ini ialah mencari jalan untuk keluar dari kekusutan politik hari ini. Dalam bahasa Baginda Queen pada ketika ini Malaysia sedang berhadapan dengan political imbroglio – politik kacau.
Politik kusut – politik kacau ini tidak perlu saya hujahkan. Hanya Mat Bebal Politik sahaja yang gagal untuk melihat bahawa pada ketika ini Malaysia dalam kancah kekacauan politik yang maha sangat.
Pasir selut politik ini sedang menyedut kita semua – anak semua bangsa – bangsa semua agama. Pola dan ciri selut ini amat jelas.
Pertama kita wajib mengakui bahawa kerajaan Muhyiddin pada ketika ini terus disangsikan sokongan majoriti para YB dalam Parlimen.
Semenjak mengambil alih kerusi PM dari Mahathir kedudukan kerajaan Muhyidin terus dipersoalkan. Soalan numero uno ialah sama ada Muhyidin ada memiliki sokongan lebih dari 112 YB dalam Parlimen.
Angka dan jumlah sokongan YB dalam Parlimen menaikkan syahwat keberahian Anwar Ibrahim. Dengan bijak lagi licik Anwar terus mengasak, mengintil dan menggesel agar Muhyidin terpancut dari kerusi PM. Bila terpancut keluar dari kerusi PM maka Anwar Ibrahim akan mengambil alih. Amin.
Jumlah angka yang memberahikan Anwar ini juga telah menjemput apa yang kini mendapat gelaran pop – kluster mahkamah. Kluster mahkamah ialah kumpulan YB yang telah dijatuhkan hukuman, yang sedang dibicarakan atau yang sedang merayu.
Dua sosok yang dikenali umum dalam kluster mahkamah ini ialah Najib dan Zahid. Najib bekas Presiden United Malays National Organisation. Manakala Zahid ialah Presiden parti Ketuanan Melayu yang menggantikan Najib..
Najib telah dijatuhkan hukuman. Zahid pula sedang dalam proses pendakwaan.
Kluster mahkamah ini dan keberahian Anwar Ibrahim ini adalah punca utama yang telan melahir hiruk piruk dan kacau bilau politik semenjak permulaan kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih dari Barisan Nasional pada 9 Mei 2018 dahulu.
Najib dan Zahid tak mahu masuk ke Sungai Buluh. Manakala Anwar mahu masuk ke Seri Perdana. Ada titik pertemuan antara masuk ke Sungai Buluh dan masuk ke Seri Perdana.
Kacau bilau dan kekusutan politik ini menjadi lebih tenat apabila Malaysia malah dunia diserang oleh virus Korona dari Wuhan China.
Dalam bahasa baginda Queen Malaysia kini sedang menghadapi ‘ double whammy ‘ – kecelakaan tindih menindih. Ini bukan sudah jatuh ditimpa tangga dan terpegang tahi ayam. Ini lebih dari tahi ayam.
Politik kacau Malaysia ini menjadi bertambah tenat dengan serangan virus dari Wuhan. Virus ini membuat politik kacau lagi mengacaukan. Membuat politik buruk lagi memburukkan.. Amin
Pada awalnya untuk menangkis keluar dari serang virus Korona Muhyidin telah menasihati Agong untuk memasyhurkan Darurat. Parlimen telah digantung apabila darurat diumun.
Pada hemat saya langkah darurat ini ketika ianya diumumkan adalah tepat, baik dam masuk akal. Hukum kanun darurat boleh di gunakan untuk membolehkan kerajaan mengambil langah tepat untuk menumpas virus dari Wuhan.
Pada awalnya satu Malaysia telah membaca berita yang telah melaporkan bagaimana langkah Muhyidin ini tepat lagi betul. Malah Muhyidin sendiri menjadi amat- amat popular dikalangan rakyat. Saham Muhyidin melonjak naik. Amin.
Tapi semua ini telah berubah. Khalas.
Darurat telah gagal menumpaskan virus dari Wuhan.
Harus diakui bahawa bukan mudah hendak menumpaskan virus Korona ini. Saya wajib berlaku adil untuk memberi pembaca tahu bahawa bukan Malaysia sahaja yang berhempas pulas memerangi wabak Korona ini. Banyak negara sedang berhadapan dengan masalah yang sama.
Tapi apa menjadikan Malaysia berbeza ialah kesampaian virus dari Wuhan ini disambut oleh kenduri pertelingkahan politik antara kerajaan dan parti pembangkang yang sedang berjalan.
Kesangsian sokongan YB, gerak politik kluster mahkamah kini mengeraskan lagi keberahian Anwar Ibrahim. Semua ini dibaca oleh orang ramai – rakyat – sebagai pembawa mudarat.
Kacau politik yang sedemikian amat-amat menakutkan. Kerana kali ini perbalahan dan perbezaan politik membawa maut. Angka yang maut makin bertambah. Angka yang dihinggapi virus Korona juga tidak mengurang.
Justeru Agong mara ke hadapan untuk membawa jalan penyelesaian terhadap kacau bilau politik ini.
Justeru Agong memberi titah agar Parlimen dibuka.
Justeru Kakanda Adinda juga memiliki pandangan yang sama.
Pada hemat saya dalam istilah politik – bola kini berada pada kaki Perdana Menteri Muhyidin Yasin.
Pada hemat saya juga pada ketika ini kerajaan Muhyidin Yasin tidak akan jatuh
Pada hemat saya pada ketika ini Muhyidin Yasin boleh terus menjadi Perdana Menteri untuk menghabiskan penggalnya hingga ke 2023.
Bagaimana saya sampai ke rumusan ini. Apa nas dan apa hadis yang menjadikan saya yakin teramat yakin atau ‘ cock sure’ – meminjam istilah Baginda Queen.
Bola di kaki Muhyidin bermakna semua terpulang kepada Muhyidin.
Saya yakin apabila Parlimen dibuka tidak akan ada usul undi tidak percaya kepada Muhyidin. Saya berpendapat sedemikian kerana dari kenyataan Lim Kit Siang yang terkini dia telah menyatakan bahawa persidangan parlimen bukan hendak menjatuhkan kerajaan tapi untuk bersama menangani Mat Kobid.
Malah lebih awal dari ini beberapa pemimpin kanan parti DAP telah membuat kenyataan yang lenggok dan nada agak sama.
Hanya Anwar Ibrahim dari PKR yang masih lagi menggesel syahwat keberahiannya untuk memancutkan Muhyidin dari kerusi PM.
Niat dan cita-cita Anwar ini tidak akan ke mana jika DAP tidak bersama. Bila saya bercakap hal DAP ini maka akan terikut sama Parti Amanah.
Bagaimana pula dengan pasukan kluster mahkamah ?
Pasukan ini lagi berat ..opps. ... silap ...lagi ringan pengaruhnya dalam membawa jumlah YB yang akan menyokong undi tidak percaya terhadap kerajaan Muhyidin.
Pada ketika ini suara makin bising dari sana dan dari sini melaung-laungkan agar Parlimen dibuka. Laungan ini kuatnya sama tapi ada isi bunyi yang berbeza.
Laungan dari DAP parlimen dibuka untuk berbincang cara terbaik membantu kerajaan melawan Mat Kobid. Laungan dari Anwar Ibrahim ada niat untuk menjatuhkan Muhyidin.
Bagaimana laungan dari kluster mahkamah ?
Laungan ini bahaya. Laungan ini bukan sahaja mahu parlimen dibuka, buka sahaja mahu Muhyidin di jatuhkan mereka mahu PRU15 di jalankan.
Bahaya kerana ini laungan la Sabah. Kita tahu sesudah Sabah apa yang berlaku.
Bola masih dikaki Muhyidin. Justeru Muhyidin tak perlu risau.
Gempak – I got the number ... adalah cerita karut dari Anwar Ibrahim. Laungan Anwar ini bukan untuk Muhyidin Yasin. Ini ditujukan untuk towkay yang membeli saham dan melabur untuk Anwar jadi OPM.
‘ Lu towkay jangan lari... jap lagi Anwar jadi PM...’
Gempak ini juga untuk mengikat Mat Sabu dan Lim Guan Eng. Mana tahu entah-entah ada nasib sekali lagi nak jadi menteri.
Gempak – I got the number – ini juga ditujukan kepada beberapa orang YB dala PKR sendiri yang semakin hiang keyakinan kepada pimpinan Anwar Ibrahim.
Gempak – UMNO keluar dari kerajaan – ini lagu hiburan untuk menyedapkan hati kluster mahkamah. Bunyinya bila sahaja gerombolan Ketuaan Melayu keluar dari kerajaan maka parti ini akan pecah.
Para YB yang memiliki jawatan tiak akan mahu ikut sama. Para YB juga memikirkan dana untuk kawasan yang lupus – tiga juta ringgit – bukan kecik anak.
Opps... jangan lupa kontrak masih belum dituai.
Jangan lupa ? Lupa apa lagi? Jangan lupa bajet besar untuk Vaksin.
Jangan lupa Audi dan Mercedes ada menunggu. Ada kereta baru boleh dapat bini baru.
Justeru bola dikaki Muhyidin.
Kalau bola dikaki Muhyidin ke mana bola ini wajib ditendang? Tunggu minggu hadapan. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIAKINI.COM
DAN
MALAYSIAN INSIGHT
1 ulasan:
Agong jadi referee.tp silapnya ref dah bagi 1st yellow kt hang sembab awal darurat dulu titah parlimen sidang. Last week sidang bagi lak 2nd yellow,patutnya hang sembab dah kena red card bila dpt 2nd yellow tp ref Tak issue red card bagi lagi hang sembab main atas padang.ikut normal standard kayu ukur universal,referee bias pada hang sembab walaupun ikut law dah patut kluor padang tp ref bagi lg main. 4th official lak Tak sruh ref tgk VAR,bule gaduh fan woo.
Catat Ulasan