MUHYIDIN
DITEKAN LAGI
KAH KAH KAH
ADA JALAN
SELAMAT ?
AMIN
ADA JALAN
KELUAR?
KHALAS
Tekanan untuk buka Parlimen meningkat di kala DUN bertindak
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik melihat desakan agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuka semula sebagai tekanan tambahan kepada kerajaan persekutuan untuk mengadakan sidang Parlimen.
Bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata, kerajaan mungkin berasa terpaksa untuk segera memanggil sidang Parlimen berikutan beberapa sultan memperkenan agar DUN diteruskan.
Katanya, beberapa negeri terutamanya merancang untuk membincangkan hal-hal berkait Covid-19 dalam sidang.
Ahli-ahli Parlimen DAP dan Barisan Nasional (BN) turut berjanji untuk tidak mengemukakan usul tidak percaya.
“Tiada parti mahu dilihat sebagai mendesak pilihan raya diadakan atau Parlimen dibubarkan kerana rakyat mungkin menuduh mereka mengutamakan agenda politik berbanding wabak,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, pentadbiran Perikatan Nasional (PN) akan nampak “kurang bijak” jika terus menangguhkan sidang Parlimen setelah DUN kembali berlangsung.
“Bukan negeri pembangkang saja yang mengusulkan agar DUN dibuka semula,” katanya.
“Bahkan negeri bawah PN pimpinan Muhyiddin Yassin, seperti Johor, Perlis dan Pahang, membuat keputusan sama.”
Tambahnya, hanya negeri-negeri dikuasai PAS yang sedang “tunggu dan lihat”.
Ketiadaan tindakan daripada Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak berkemungkinan menyebabkan kehilangan sokongan terhadap PAS, menurut Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.
“PAS mengekalkan sokongannya terutama melalui ketokohan agama Islam yang kuat, (dan ini) mengatasi segala yang lain di mata penyokong kuatnya,” katanya.
Beliau juga berkata, tidak banyak yang dapat dilakukan sesiapa jika kerajaan bertegas menangguhkan pembukaan semula Parlimen.
Tambahnya, mengadakan sidang Parlimen “tidak mengancam” PN kerana mereka masih memiliki kekuatan untuk menyekat usul tidak percaya.
“Malah undian belanjawan, yang sering ditafsirkan sebagai usul tidak percaya, dapat dihindari selagi darurat masih berkuat kuasa, dan kerajaan boleh menggerakkan belanjawan sebagai ordinan,” katanya.
Syed Arabi Idid daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, masalah-masalah yang paling mendesak untuk ditangani di peringkat negeri berkait ekonomi, seperti pengangguran dan kemiskinan.
“Pihak pembangkang diharap memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah-masalah ini,” katanya.
“Mereka juga wujud untuk menyekat salah guna oleh kerajaan.”
Johor, Perlis, Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Negeri Sembilan dan Pahang merancang untuk mengadakan semula sidang DUN, satu langkah yang dilihat sebagai menentang pendirian kerajaan persekutuan pimpinan PN.
Ada yang telah menetapkan tarikh persidangan mereka, manakala yang lain sedang menunggu persetujuan ketua negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan