Sabtu, 26 Jun 2021

MANA YANG LAIN ?

 

 MANA YANG

LAIN?

AMIN

KENAPA TAKUT

NAK BERSUARA

KHALAS

SIBUK

BISING HAL

GAZA

AMIN

PASAL APA

TAK BISING

HAL UIGHUR

AMIN 


Bisu Uighur punca China ceroboh?


PADA 31 Mei lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan pihaknya mengesan penerbangan mencurigakan 16 pesawat tentera udara China memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah dan menghampiri ruang udara nasional.

Hanya empat hari selepas insiden itu, kapal pengawal pantai China pula didakwa berlegar berdekatan Beting Patinggi Ali, Sarawak.

Kenapakah tentera China berani bertindak sedemikian? Mungkinkah kerana ia melihat Malaysia tidak berani bersuara dengan segala tindak-tanduk negara itu yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa termasuk penindasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Uighur yang beragama Islam?

Sebagai sebuah negara Islam, semangat solidariti sesama saudara seagama bukan sahaja perlu ditunjukkan terhadap rakyat Palestin, malah perlu diberikan kepada semua umat Islam yang sedang menghadapi penindasan.

Sama seperti rakyat Palestin kehilangan tanah air yang menjadi milik Israel pada 1948, etnik Uighur juga kehilangan kemerdekaan mereka pada 1949 setelah wilayah Xinjiang diceroboh tentera komunis China.

Mereka menjadi mangsa penindasan dan kekejaman terburuk dalam sejarah dunia moden sama seperti yang dilalui oleh rakyat Palestin.

Kisah penindasan dan kekejaman terhadap etnik Uighur ini hampir terlepas daripada perhatian dunia. Hanya beberapa bulan kebelakangan ini berita penderitaan mereka mula dibangkitkan oleh media tempatan dan antarabangsa.

Laporan penindasan dan kekejaman yang dilakukan ke atas mereka sangat mengejutkan seperti dilarang memakai tudung, diharam berpuasa, menahan golongan belia selama bertahun-tahun tanpa sebab, memantau hidup mereka dengan ketat, memisahkan anak daripada keluarga dan menyeksa tahanan.

Amat menyedihkan, tiada sesiapa yang berani bersuara terhadap nasib malang yang terpaksa dilalui oleh etnik Uighur ini termasuk dalam kalangan negara Islam seperti Malaysia.

Etnik Uighur terpaksa bergantung harap dan mendapatkan bantuan daripada negara bukan Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia dari negara-negara Barat.

Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam lain. Semangat solidariti yang sentiasa dilaung-laungkan oleh umat Islam di serata dunia harus dijadikan sebagai panduan asas bagi kita membantu semua umat Islam yang teraniaya.

Protes atau bantahan keras yang berterusan harus dikenakan terhadap China tanpa mengambil kira faktor kepentingan politik, ekonomi ataupun hubungan diplomatik yang kita ada dengan mereka.

Jika faktor ini yang menyebabkan kita tidak berani bersuara terhadap penindasan etnik Uighur, maka jangan salahkan China jika mereka beranggapan kita tidak akan bertindak balas apabila ruang udara dan perairan diceroboh.

Malaysia perlu berani bersuara membela nasib etnik Uighur dan pada masa sama tidak boleh berdiam diri terhadap tindakan tentera China yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara kita.

Sekiranya Malaysia hanya duduk diam berhubung perkara ini, dibimbangi China akan menjadi lebih berani dan akan terus melakukan pencerobohan ke dalam kawasan milik Malaysia pada masa akan datang.

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

 MANA PARTI ISLAM

AMIN

MANA USTAD

YANG HEBOH

PASAL ZIONIS ?

AMIN

 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Title je professor, tak ketinggalan nak pamerkan gak title tu, takut orang tak kenal atau takut orang tak amik pot terhadap pandangannya.
Pandangannya lebih bersifat sentimen semata-mata dan tidak menyeluruh kepada banyak aspek kehidupan yang laun.
Kenapa dia tidak mengkaji dan melaporkan keadaan di Gaza dan Tebibg Barat Palestin, kenapa Fatah dan Hamas tidak sehaluan jika atas nama rakyat Palestin tertindas. Kena buat lebih kajian sejarah, politik, sosial, ekonomi, naluri manusia terutama yang giler nak berkuasa. Setakat mempamerkan title tidak menjamin pandangan tu benar dan saheh dan dengan orang lain menerimanya sebaliknya mungkin membawa kealpaan fakta sebenar.